Mujur Tak Sangkut Dalam Tekak, Wanita Terkejut Ada 10 Dawai Kokot Dalam Nasi Kerabu!

Bukannya isu yang baharu kita dengar mengenai bendasing yang ada di dalam makanan yang dibungkus lagi-lagi ubat stapler kerana ianya sering digunakan pada bungkusan makanan.
Iospital phone repair gombak
Selalunya kita lihat, hanya satu dakwat stapler sahaja itupun kerana termasuk dalam makanan selepas kita buka bungkusan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan menemui beberapa dakwat stapler ketika menikmati nasi kerabu mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian Fizah Fifi di laman Facebook, pada awalnya dia menyangka dirinya tergigit tulang namun rupa-rupanya dawai kokot! Bukan hanya satu, tetapi 10 dawai kokot yang berada dalam satu bungkusan makanan itu. Mujur pelanggan itu segera menyedarinya, jika tidak mungkin mulutnya berdarah termakan benda asing itu.

Dia berkongsi tentang penemuan dawai kokot tersebut di salah sebuah group di Facebook iaitu Warga Kuantan Official.


“Jumpa ni masa tengah makan tadi, tengah mengunyah ingat kot tulang ke apa rupanya (dawai kokot). Terus report ke GrabFood fan GrabFood terus telefon.”

“Ingat satu je, tapi dok cari-cari lagi dalam nasi jumlah 10 dawai kokot (stapler) yang dikenal pasti,” katanya.

Sekadar info, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, Peraturan 37(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan seseorang tidak boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut melihat perkara tersebut malah mempertikaikan cara penyediaan yang dilakukan oleh peniaga.

“Peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui ianya sangat bahaya bahkan boleh meragut nyawa sesiapa sahaja yang termakan sekaligus bersyukur apabila wanita ini cepat menyedari perkara tersebut.

Antara komen warga maya:

“Ni masalah kalau tak ambil kursus pengendalian makanan..”

“Seeloknya report, bukan tujuan atau niat nak tutup periuk nasi peniaga, cuma beri pengajaran supaya lebih berhati-hati..”


“Ni kalau telan tersekat kat telal adoii tak leh bayang wei”


Tekan sini untuk lihat perkongsian tersebut.