“Jarang2 berlaku ni” Rancak Menari Di Arcade, Gelagat Pakcik Ini Buat Ramai Terhibur

Pusat beli belah bukan sahaja merupakan tempat membeli pakaian dan makanan malah terdapat pelbagai tarikan menarik yang lain seperti panggung wayang, pusat karaoke, bowling dan arcade.
Iospital phone repair gombak
Sudah tentu ianya menjadi pilihan seisi keluarga untuk meluangkan masa bersama bukan?

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang pakcik bermain permainan di arcade dalam salah sebuah ‘mall’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @goldmillie, kelihatan pakcik tersebut sakan bermain mesin menari yang kebiasaannya menjadi tumpuan orang muda.

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah gaya pakcik tersebut menari dilihat sangat berbakat dan juga handal.


Dalam pada dia rancak menari, beberapa orang pengunjung yang ada di sekitar tersebut turut melihat gelagatnya malah ekpresi muka seakan terkejut sambil memperhatikan rentak kaki pakcik berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji tarian pakcik berkenaan sekaligus berpendapat mungkin dia merupakan seorang penari pada waktu muda.

“Aduh, nikmatin aja pak. Tapi leherku ikut sakit ni” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan kebahagiaan itu sangat ‘simple’ dan lakukan sahaja apa yang membuatkan kita gembira.

Antara komen warga maya:

“Ini dia, happiness is imple, enjoy everything every moments don’t care what they say, maju terus and happy pak”

“Beliau juga pernah muda”


“Hahaha jarang2 berlaku ni.. yang penonton tu pun lain macam tengok kan”

“Kemain dengan reaksi muda dia tu.. aduh pecah perut gelak.. terhibur tengok ni”

“Itu lah isteri lama sangat shopping.. daripada dia stress tunggu bini baik dia enjoyyyy”

“Suruh pergi pasar beli sayur tak balik2 rua2nya hentak kaki kat arcade”


Video yang tular di laman TikTok:

@goldmillieSuami dicari kemana2, ternyata lagi nontonin si om dance 😄♬ Я буду ебать – Moreart

@goldmillie Replying to @Putrituik ♬ No Comment – Bunda Corla