Tak Tahan Air Mata Lepaskan Anak Perempuan Nikah, Pak Cik Ini Buat Netizen Sebak

Sering kita dengar ayat ‘ayah merupakan cinta pertama anak perempuan’.

Memang bagi anak perempuan, ayah merupakan sosok cinta pertama dan lelaki pertama dalam hidup yang tak bisa tergantikan hingga si anak dewasa.

Peranan ayah juga jelas sangat penting untuk membantu putrinya menentukan masa depan.

Namun jika sudah sampai masanya, seorang ayah walau bagaimana pun terpaksa melepaskan anaknya pergi bersama jodohnya.

Berat hati melepaskan namun ini adalah jalan yang terbaik buat masa depan sang puterinya.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis berkongsi detik menyentuh hati semasa ayahnya ingin menikahkan kakaknya telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan ayahnya mula mengalirkan air mata sebelum memasuki dewan tersebut kerana merasa sedih dan berat hati untuk melepaskan anak perempuan sulungnya untuk berkahwin.

Sampai sahaja di dalam dewan, dia memeluk anak perempuan sulungnya erat dengan hati reda bahawa anaknya akan dijaga oleh orang lain.

Tidak cukup dengan itu, bapa kepada wanita ini sempat berpessan pada suami kakaknya untuk menjaga kakaknya dengan baik.

“Macam mana saya serahkan dengan baik, minta tolong jaga dengan baik anak saya,” katanya.

Video yang tular di TikTok:

@dayangwalfaizi #fypシ ♬ 이 사랑 – 다비치

“Macam mana saya serahkan dengan baik, mintak tolong jaga dengan baik anak saya”

@dayangwalfaizi Reply to @lostg4rll part 2 time ayh nak serahkan kpd menantu nye 😞😌 #fypシ ♬ original sound – dayangwalfaizi

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 446.1K tontonan, 83.4K tanda suka, 1981 komen dan 1832 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui turut sebak apabila melihat ‘air mata jantan’ ayahnya itu gugur dek kerana terlampau sayang akan puteri sulungnya dan berat melepaskannya pergi.

Ada juga warga netizen yang berharap agar lelaki tersebut dapat menjaga wanita itu seperti mana ayahnya menjaga dan mecintai puterinya itu.