Hantar Ibu Bapa ke Rumah Orang Tua, Lelaki Ini Tak Setuju Anak Dituduh Derhaka

Ibu bapa merupakan insan yang diamanahkan oleh Allah buat anak untuk berbakti dan memberi yang sehabis baik selagi mereka masih ada.

Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza dari segi umumnya. Ada yang merasakan jika hantar ibu bapa ke pusat jagaan orang tua itu seperti tidak berasas dan ada juga yang memandang itu merupakan alternatif yang terbaik bagi menjaga kedua ibu bapa.

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki memberikan pendapat dimana dia tidak bersetuju dengan statement ‘perit mengandung 9 bulan’ untuk membuat anak jadi serba salah.

Menerusi sebuah video yang diongsikan oleh @nickazhar31, kelihatan seorang lelaki juga bersetuju dengan kenyataan tersebut.

@nickazhar31 stop guilt tripping anak. kau yang decide nak ada anak, anak tak pilih untuk lahir. #guilttripping ♬ I’m A Survivor – Reba McEntire

Dia menyifatkan bahawa anak-anak tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan menghantar ibu atau bapa ke rumah orang tua atas sebab-sebab tertentu.

Berdasarkan sebuah video lain, lelaki ini berkata dia masih tidak faham dengan mentality sesetengah rakayat Malaysia yang menggangap anak yangmenghantar ibu bapa ke rumah orang tua digelar anak derhaka.

“Aku pelik dengan orang Malaysia ni, sejak bila hantar mak bapak ke rumah orang tua tu jadi benda yang auto derhaka?”

“Fikir eh, bayar rumah orang tua bukan murah tau, 800 sebulan, 600 sebulan, lepastu kita boleh pilih untuk ambil dia tiap minggu. Bukannya tak ambil terus, bukannya tinggal terus. While kita pun tengah kerja untuk sara dia..tak faham apa yang menyebabkan orang malaysia ni fikir letak orang tua dengan rumah orang tua ni satu benda yang derhaka”

Video yang tular di TikTok:

@nickazhar31 Reply to @user47523742 lagi makan pakai dijaga kat sana. #guilttripping ♬ original sound – Nick

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 165.5K tontonan, 7077 tanda suka, 1448 komen dan 102 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan pendapat masing-masing dimana ada yang kecam pendapat lelaki tersebut dan tak kurang juga ada yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.



Walau bagaimana pun, hal sebegini seeloknya berbincang dahulu secara baik dengan kedua ibu dan bapa sendiri sama ada dia selesa dihantar ke rumah orang tua atau pun tidak kerana ada ibu bapa yang selesa diletakkan di rumah orang tua dan ada juga sebaliknya.