“Tak pernah selesai” Air Hospital Di Kelantan ‘Berkarat’ Buat Netizen Loya Tekak

Sumber air yang bersih adalah sangat penting bagi setiap individu apatah lagi bagi mereka yang berada di hospital yang sememangnya menitikberatkan kesihatan diri untuk cepat sembuh.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang ini dimana kebanyakkan penduduk mengalami masalah air kotor.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman yang nyata membuatkannya ‘garu kepala’ apabila air di sebuah hospital Kelantan sangat keruh dan berwarna keperangan mencuri perhatian ramai.

“Air dalam wad kanak-kanak Hospital Machang.. Nurse kata semua ibu2 tak mandi.. lepastu kecing berak budak macam mana.. Tandas dekat parking kereta tu air okay.. dalam kecemasan pun keruh tapi tak berkarat macam dalam wad.. Bukan minta di kecam, hanya sekadar berkongsi” ujarnya

Bukan sahaja berkarat malahh jika diletakkan di satu bekas, dapat kita lihat air tersebut berwarna coklat kehitaman.

Bukan sahaja kotor, malah ianya nyata menyukarkan pesakit untuk kegunaan harian.

Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen mengecam keadaan air yang berada di aana dan berharap agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

“Anak saya warded bulan lepas pun air kotor jugak.. beli air botol mineral dekat luar buat mandi anak.. takut anak kena sakit lain pulak..”- Netizen

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan keadaan tersebut sangat teruk dan berharap semua pesakit dipermudahkan urusan.

Antara komen warga maya:

“Ya Allah teruk sangat tu.. kesian para pesakit dalam wad..”

“Moga masalah air cepat selesai kesian la kat anak2 kecik dengan orang2 tua yang sakit.. bertambah sakit nanti..”

“Kopi terus air.. masalah paling besar di Kelantan setakat ni..”


“Eeeee aku kalau kuning sikit pun tak mandi dah.. pihak yang bertanggungjawab takkan mampu tengok je?”

“Sampai bila nak bertahan dengan keadaan gini..”

“Sampai bil air.. wajib bayar.. tapi kalau air macam ni.. agak2 wajib lagi ke bayar bil air..”


Tekan link untuk lihat perkongsian yang tular.