KJ Umum Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan, Berkuatkuasa Serta Merta

Oleh kerana pandemik yang melanda seluruh dunia, kita diwajibkan memakai pelitup muka bagi memutuskan rankaian C-19 bahkan ianya berlaku beberapa tahun lamanya.

Terbaharu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta merta.

PUTRAJAYA 13 NOVEMBER 2020 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang akhbar mengenai vaksin Covid-19 di kementerianya di sini, hari ini.
GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
PEMBERITA : AYU (KOSMO)

“Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan.”

“Bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI 2022 di sini, hari ini.

Pun begitu, kawasan-kawasan bergajala melibatkan hospital, klinik serta pengangkutan awam masih lagi diwajibkan. Selain itu, individu berisiko tinggi melibatkan pesakit COVID-19 atau bergejala masih diwajibkan memakai pelitup muka.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah ibadat.”

“Bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema, individu berisiko tinggi seperti warga emas, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung serta melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi,” katanya.

Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka adalah berdasarkan peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Diharapkan ramai diantara kita yang masih lagi patuh memakai face mask apatah lagi di kawasan yang diwajibkan.

Perkongsian KJ di laman Twitter: