‘Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk (penumpang) makan megi dalam tren kami’ Rapid Kl Tegur Remaja Selamba Makan Mi Segera Dalam Tren

Seperti yang kita tahu, kita dilarang untuk makan di laman tren awam seperti LRT, MRT, KTM dan banyak lagi. Bagaimana pun, larangan tersebut seolah-olah tidak diendahkan oleh masyarakat susulan ada yang berdegil dan masih makan di dalam tren.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Rapid KL menegur dua orang remaja yang selamba makan di mi segera di dalam tren mencuri perhatian ramai.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @AskRapidKL di laman Twitter, mereka berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan dua remaja sedang bermain telefon dengan salah seorang daripadanya mengepit dipercayai mangkuk mi segera.

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan mi segera dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.”

“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,” tulis mereka.

Meninjau di ruangan komen, ada netizen yang cuba membidas semula kenyataan yang dikeluarkan oleh rapid KL yang tidak memperbaiki mutu perkhidmatan sehingga menyusahkan banyak pihak.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mempertahankan Rapid KL dan menegaskan teguran yang dibuat itu adalah wajar kerana setiap pengangkutan awam mempunyai peraturannya sendiri bagi memberi keselesaan kepada pengguna lain.

Perkongsian yang tular: