Siap Dapat Secret Recipe, Gelagat Tuan Muda ‘Kim Tae O’ Sambut Ulang Tahun Buat Netizen Terhibur

Bercakap sahaja tentang kucing, pasti ramai yang suka memeliharanya dek kerana bulunya yang gebu dan sifatnya yang semulajadi manja.

Tapi jangan pula terkejut, kini haiwan peliharaan pun dah ‘advance’ dimana ramai diantara pemilik yang menyambut hari ulang tahun haiwan kesayangan mereka untuk dijadikan kenangan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing diraikan pada hari ulang tahunnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Rohaya Salleh di Facebook Kumpulan Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, dia memuat naik satu ucapan yang agak kelakar dan mencuit hati ramai.

“Happy birthday Tuan Muda. Hanya ini yang mampu bibik sekalian sediakan.” Katanya kepada kucing yang diberi nama ‘Kim Tae O‘ itu.


Difahamkan, si bulus itu telah di jaga oleh Rohaya sejak berumur 5 bulan lagi.

“Bibik tumpang makan sekali yer. Yang dalam bakul tu khas untuk tuan muda sorang jer, bibik tak teringin yang tu.

“Semoga sihat selalu dijauhkan dari merbahaya dan cepat bertemu jodohnya,” tulis Rohaya Salleh.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan komen yang positif malah turut memberikan ucapan selamat ulang tahun kepada kucing itu.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berseloroh mengatakan si bulus tersebut merupakan dari kalangan kucing yang ‘have have’ kerana disambut dengan kek Secret Recipe.

“Happy birthday sayang. Semoga sihat selalu, dipanjangkan usia serta bibiknya sentiasa dimurahkan rezeki untuk menjaga tuan muda sebaiknya. Bestnya, boleh achik mintak sikit SR tu. Tuan muda golongan have-have ni,” kata Ranizah Ali.

“Waw secret recipe. Kerlass kau ceng. Apa-apa pun eppy befdey to you,”komen Fitri Intan.

“Happy birthday tuan muda! Semoga cepat bertemu jodoh!,” kata Nurul Azyyati Faqihah.

Perkongsian yang tular: