“Tak perlu remeh kerja lain” Akui Kenyataan Individu Gaji Guru Lebih Rendah Daripada Rider, Tetapi Ada ‘Mahalnya’…

Setiap pekerjaan pasti ada kelebihan dan susah payahnya yang tersendiri.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, ramai memilih pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi dek kos sara hidup yang semakin meningkat tahun demi tahun.

Begitulah kisah yang tular baru-baru ini yang mengisahkan seorang individu yang membandingkan gaji antara seorang guru dengan penghantar makanan sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan warga netizen.

“Gaji cikgu 2.3k? Baik buat Foodpanda,” tulis individu tersebut di laman sosial Twitter.

Hantaran itu telah menarik perhatian seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang lalu berkongsikan pandangannya menerusi hantarannya di laman Facebook.

“Teringat arwah abah dulu pernah bagitahu, ‘jadi cikgu ni tak kaya. Tapi tak ada la hidup susah. Yang ‘mahalnya’ tentang jadi cikgu, ada cuti panjang boleh balik jenguk orang tua kat kampung. Di situ mahalnya. Lebih penting, kita didik dan jaga anak orang ni banyak keberkatan dalam hidup kita’.

“Ya, gaji cikgu tak besar. Gaji permulaan degree pun tak sampai RM2,300 sebenarnya. Lebih besar gaji rider Foodpanda okeh,” tulis guru ini yang tidak asing lagi di Facebook.

Walaupun dikatakan gaji seorang guru ini lebih rendah berbanding penghantar makanan, akan tetapi ia tetap mempunyai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri.

“Ada kelebihan tempat lain pula. Antaranya loan. Nak loan mudah. Seorang kawan aku pernah berkata, ‘nak kenal rumah cikgu senang je. Rumah besar, kereta Wira ke, kereta Myvi ke. Dia dah buat loan besar untuk rumah, dah tak mampu nak pakai kereta besar’.

“Tergelak aku. Bila aku perhati betul juga. Tapi tak semualah. Ada je yang rumah kecil kereta kecil, rumah besar kereta besar. Atas rezeki masing-masing dan cara handle kewangan masing-masing.

“Apa pun, tak perlu la meremehkan kerja orang lain. Setiap bidang pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitulah,” luahnya menerusi hantaran Facebooknya itu.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai menyokong pendapat Cikgu Fadli ini dan menyifatkan pekerjaan guru itu merupakan suatu pekerjaan yang mulia.

Antara komen netizen:

“Ayat2 mcm ni lah yg merosakkan, susah nak cari pekerja sekarang sebab lebih ramai yg memilih utk buat panda”


“Teringat cikgu saya dulu pernah cakap nak kerja yang sentiasa mengalir ‘gajinya’.. jadilah pendidik.. bukan takat gaji dunia boleh dapat, gaji akhirat pun dapat”

Hantaran Facebook yang tular: