Bunyi Lato-Lato Ketika Akad Nikah, Sekali Tok Kadi ‘Sound’ Suruh Jangan Main!

Permainan lato-lato kini kembali menjadi fenomena. Manakan tidak, ramai yang bermain lato-lato tidak mengira tempat dan umur malah ada yang sehingga mengadakan pertandingan lato-lato.
Iospital phone repair gombak
Terdahulu pernah tular dimana beberapa budak kecil benjol di dahi setelah terkena bebola lato-lato. Selang beberapa hari, kecoh di sosial media apabila cermin kereta orang awam pecah dek kerana ada individu yang bermain lato-lato.

Hal ini menyebabkan ramai yang berharap agar permainan ini dihentikan kerana terdapat banyak keburukkan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana tok kadi terpaksa tegur budak kerana terganggu masa bacakan akad nikah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram @video_medsos, kelihatan sebuah majlis akad nikah sedang dijalankan di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti.

Namun apa yang membuat majlis itu terganggu apabila ada beberapa individu bermain lato-lato ketika tok kadi membaca akad sehingga dia menyebut ‘lato-lato diam’ berulang kali.


Manakan tidak, lato-lato tersebut menghasilkan bunyi yang kuat dan terkadang ada sesetengah individu yang naik ‘rimas’ mendengarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berharap agar orang ramai menjaga adab ketika pergi ke majlis perkahwinan terutamanya ibu bapa yang perlu mengawasi tindak tanduk anak-anak sendiri.

“Kemana-mana pun budak nak bawa lato, bising bunyinya tu” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui bunyi bising daripada permainan lato-lato ini sangat mengganggu ketenteraman apatah lagi ketika sesuatu majlis dilangsungkan.

Antara komen warga maya:

“Bila saya ke mall mesti ada budak bawa lato lato”

“Aku ulang ulang, lucu ya”


“Lato lato memang mengganggu.. boleh ye calon pengantin tak ketawa”

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VIDEO_MEDSOS (@video_medsos)

Dah la pengantin tengah nervous nak akad nikah, boleh plak budak2 main lato lato hahaha, korang yang mana pergi wedding tu minta jaga adab dan awasi anak-anak ye.. jangan sampai mengganggu majlis orang lain hehe