“Menangis dia dapat makan” Video Kucing Jalanan Mengalir Air Mata Ketika Diberi Makan Undang Sebak Ramai

Ramai diantara kita membela haiwan peliharaan untuk dijadikan teman. Kucing antara haiwan yang digemari ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Pun begitu, masih banyak haiwan-haiwan jalanan seperti kucing dan anjing yang kelaparan di kaki lima, gerai-gerai makan dan juga pasar-pasar basah.
Iospital phone repair gombak

Ada ketika haiwan berkenaan akan datang kepada kita untuk meminta secebis makanan buat mereka meneruskan hidup.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing mengalirkan air mata seolah menangis setelah diberikan makanan nyata mengundang sebak ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @MissApplePie, kelihatan seorang wanita sedang makan di sebuah restoran.

Oleh kerana terjumpa kucing yang kelaparan, dia meletakkan makanan kucing yang dilapik dengan tisu di atas meja makan sambil meriba kucing tersebut.

Lebih menyedihkan apabila si bulus itu tiba-tiba mengalirkan air mata seolah-olah bersyukur dengan pemberian tersebut sambil perlahan-lahan menjamah makanan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sedih melihat raut wajah kucing tersebut apatah lagi sewaktu dia mengalirkan air mata sambil makan makanan itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar orang ramai dapat membantu haiwan jalanan yang lain agar tiada yang hidup kelaparan.

Sekadar info, kucing tersebut kini selamat di bawah jagaan wanita tersebut malah dia juga akui tidak sampai hati untuk meninggalkannya begitu sahaja.

Antara komen warga maya:

“Meow tu mesti tak sangka dapat layanan dari manusia macam ni..”

“Allahu comelnya awak sayang.. Alhamdulillah Allah hadirkan orang yang baik untuk jumpa and jaga awak sayang”


“Aku tak boleh tengok macam ni.. sedih.. tak sampai hati.. kadang terfikir macam mana dia hidup dengan manusia yang kejam yang kadang2 tendang2 dia”


Video yang tular di laman TikTok:

@cikapplepie Menangis die dapat makan 🥲🤍 #kucingjalanan #kucingtiktok #fyp ♬ Hijrah Cinta – Amsyarleee

@cikapplepie Replying to @Syfqhnr Tq pada semua yg mendoakan 🤍🙏🏻 kami da dpt nama untk die , MUEZZA 🤍 buat mse ni tdo ats unicorn dlu yer mue 😂😘 #kucingjalanan #kucingtiktok #kisahmuezza #fyp ♬ original sound – Ikmal Alif