“Tak pasal jadi Avatar,” Adik Jadi Biru Main Dengan Kakak, Ibu Tergelak Dengan Keletah Anak2

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa. Boleh dikatakan, hilang penat seharian jika malayan telatah anak-anak ni.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua beradik bermain sehingga ‘biru muka’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kakak bermain bersama adiknya namun apa yang mengundang dekah ramai adalah muka adiknya yang berubah menjadi biru. Tidak dapat dipastikan mukanya berlumuran dengan apa namun birunya seperti avatar!

Ibu kepada dua beradik ini yang pada awalnya hendak marah dek kerana terkejut tiba-tiba tidak dapat menahan ketawanya melihat muka anaknya berubah biru!

“tadi ibu suruh main elok-elok kan? ni kepada adik jadi biru pula ni?” kata ibunya yang berseloroh dan tidak dapat menahan ketawa.

Berikut merupakan video yang tular dilaman TikTok:

@_paan92 biru dah membe..hahaha #fyp #tiktokmalaysia ♬ bunyi asal – “PA’AN_92

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 765.0K tontonan, 68.3K tanda suka, 4754 komen dan 7999 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netzen terhibur melihat telatah dua beradik ini. Bukan itu sahaja, warga netizen juga menyamakan adiknya itu dengan ‘smurf comel’ dan avatar kerana bertukar menjadi biru! kikiki

Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:

“this is what we call ‘full coverage’ hahahaha”

“kan dah jadi adik beradik smurf”


“aku awal-awal dah gelak.. belum part dia cakap nak marah ke nak gelak, lagi berdekah aku..”

“dah tak pasal adik jadi avatar”

“muka tak bersalah semua..”

 

Ada-ada sahaja dua beradik ni, risau maknya tiba-tiba muka anak biru rupa-rupanya tengah syok main dengan kakak! hehehe