“Tak nak kaitan dengan YouTube lagi.” Padam Semua Video, Akhirnya Sugu Pavithra Bersuara

Beberapa hari ini telah tular kisah mengenai pasangan Youtuber terkenal Sugu Pavithra yang mengejutkan orang ramai.

Pavithra mahu fokus kehidupan keluarga

Pavithra yang mengulas lanjut konflik berkenaan berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku.

Ujarnya lagi, sebaliknya dia mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.

Sugu Pavithra tidak mahu ada kaitan dengan Youtube

Namun, apa yang mengejutkan adalah pasangan ini kemudiannya telah memadam kesemua video 98 aktiviti dan masakan di saluran ‘Sugu Pavithra’ semalam.

Pasangan ini kemudiaanya memberitahu tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan YouTube.

Biar kami satu keluarga biasa sahaja

Bercakap kepada pemberita, Sugu, 29, berkata, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja” ujarnya kepada Sinar Harian.

Kenapa kami jadi tumpuan

“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya.

Malah, apabila ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Sugu menjelaskan perkara itu belum difikirkan lagi.

Sebagai ibu, saya bimbang keadaan mereka

Sementara itu, Ibu Sugu, G Rajeswari, 55, ketika ditemui mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.

“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama”.


“Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui di Ladang Elphil di sini.

Rumah sewa mereka sunyi sejak semalam

Laporan Sinar Harian mendapati rumah sewa pasangan itu yang baharu diduduki bulan lalu di Kampung Muhibbah di sini sunyi sejak semalam.

Semoga orang ramai memberi ruang kepada pasangan ini dan diharap pasangan Sugu Pavithra dapat kembali berkongsi video masakan bersama orang ramai.