Pernah Tular Jual Nasi Lemak Tersusun Kemas Semua Bahan, Abang Rino ‘Pergi’ Dijemput Ilahi

Nasi lemak merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia. Sajian ini dihidangkan dengan nasi yang dimasak dengan santan dan dipadankan bersama sambal, timun, kacang serta ikan bilis.

Selain itu, pelbagai padanan lauk boleh dipilih ketika menikmati nasi lemak. Nasi lemak antara sajian yang mudah didapati namun tidak semua yang dijual menepati citarasa.

Susun timun, telur dengan kemas dan teratur

Bercerita mengenai nasi lemak, sebelum ini telah tular di Laman Twitter sekeping gambar penjual nasi lemak yang telah menarik perhatian ramai.

Gambar itu adalah gambar seorang penjual nasi lemak yang menyusun bahan-bahan nasi lemaknya dengan penuh teliti.

Setiap bahan disusun dengan sangat teratur termasuklah kepingan timun, telur goreng dan juga ayam goreng.

Kuantiti nasi lemak yang banyak dengan harga yang berpatutan

Malah, rata-rata pelanggannya tertarik dengan kegigihan peniaga berkenaan yang menyusun bahan tersebut selain gerai nasi lemak yang kemas dan bersih.

Selain itu, nasi lemak tersebut turut dipuji kerana dijual dengan harga yang berpatutan walau dalam kuantiti yang banyak.

Kami akan merindui nasi lemak Abang Rino

Walaubagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu oleh individu berkenaan, peniaga tersebut telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Peniaga nasi lemak tersebut atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Rino telah pergi mengadap Ilahi kerana mengalami sakit jantung.

Berita tersebut ternyata mengejutkan orang ramai terutama pelanggan tetap nasi lemak Arwah Abang Rino

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah di atas pemergian Abang Rino dan akan merindui nasi lemaknya.