Mat Saleh Ini Mahu Orang Makan Nasi Guna Pisau & Garfu, Larang Guna Tangan Undang Kecaman Ramai

Nasi sememangnya makanan ruji rakyat Malaysia setiap hari tidak kira dimana jua malah mempunyai kepelbagain budaya, dari kaum Melayu, Cina atau India bahkan semuanya menikmati nasi sebagai sebuah hidangan yang wajib ada di atas meja makan.

Seperti yang kita tahu, makan menggunakan tangan adalah perkara biasa di Malaysia namun pun begitu ada juga yang memilih untuk makan bersama sudu dan garfu.

Bagaimana pun, baru-baru ini ciapan seorang lelaki yang dikatakan ahli Kelab Etika Britain dianggap tidak sensitif dengan budaya orang asia.

Manakan tidak, menerusi perkongsiannya di laman Twitter The Royal Butler, dia mengingatkan orang ramai agar menggunakan pisau dan garfu atau sumpit untuk makan nasi.

“Kami tidak menggunakan tangan atau jari kami.” Ujarnya yang pernah bekerja sebagai pelayan untuk Putera Charles, William dan Harry.

Tidak dapat dipastikan sama ada ianya hanya gurauan ataupun ingin mempersenda budaya orang Asia, namun ciapan tersebut nyata membuatkan ramai kurang senang.

Menerusi komen, rata-rata netizen menyifatkan kelakuan lelaki tersebut yang mempersoalkan budaya orang Asia makan menggunakan tangan nyata tidak beretika.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular: