Tak Habis2 Menyusahkan! Mat Rempit Hampir Dilenyek Selepas Berlanggar Ketika Buat Gaya Superman Atas Motor

Sebab kemalangan jalan raya sering berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab individu itu sendiri termasuklah bertindak cuai dan hanya mementingkan diri sendiri semata-mata.

Iospital phone repair gombak

Lagi-lagi mat rempit yang gemar melakukan aksi-aksi ngeri di atas lebuh raya sehingga membahayakan bukan sahaja nyawa sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain juga.

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang sempat diambil oleh dashcam seorang pengguna lebuh raya, Ashraff Acap di Facebook memaparkan mat rempit berlanggar sesama sendiri ketika berlumba.

Menerusi video yang dikongsikan, dua orang mat rempit sedang asyik kejar mengejar antara satu sama lain di atas jalan raya pada waktu malam.

Tak lama kemudian, mat rempit yang mengejar dari belakang sambil melakukan gaya Superman hilang keseimbangan lalu merempuh rakannya sehingga dirinya sendiri terseret ke jalan.

Lebih teruk, mat rempit berkenaan hampir menemukan ajalnya apabila lori besar berada betul-betul di belakangnya. Mujur pemandu lori sempat menekan brek.

Bagaimanapun, pemandu lori kemudiannya dilihat membunyikan hon panjang tanda meminta agar mat rempit itu dialihkan supaya tidak menyusahkan perjalanan pengguna lebuh raya yang lain.

Selepas itu, dilihat beberapa orang lelaki turun dari motosikal masing-masing membantu mat rempit yang sudah tidak sedarkan diri berkenaan.

Susulan kejadian, netizen yang menonton video tular berkenaan bengang dek budaya merempit yang tak sudah-sudah.

Sudahlah tidak berfaedah, menyusahkan orang pula. Mujur si mat rempit tidak dilenyek.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman ngeri berkenaan berjaya ditonton sebanyak 129 ribu kali serta meraih 717 perkongsian!

Video yang tular di laman Facebook