Tahniah Bella! Pakai Selempang ‘Bride To Be’, Bella Dally Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi?

Bella Dally nampaknya tidak berahsia lagi tentang perkahwinannya apabila gambarnya bersama Elfira Loy dimuatnaik di Instagram.

Di dalam perkongsian tersebut, Bella Dally dilihat memakai tan ‘Bride To Be’ ataupun dalam bahasa Melayu ‘Bakal Pengantin’ bersama dengan Elfira Loy di sebuah cafe.

“i will do anything just to make you happy @belladally i hope u like the small surprises that i arranged for you yesterday. Including the spa!

“praying the best for her , hoping everything will go smoothly until the day! YAHUUUUUUUU , Can’t wait to see you on that special day .”

Sebelum ini, Bella Dally mengaku sudah bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Arif, 34, pada hari Sabtu lepas di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah.

Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, keputusan bertunang dibuat selepas lima bulan berkawan dan saling mengenali hati budi.

“Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik.

“Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula jenis yang serius dalam perhubungan dan tak nak buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaiknya dipercepatkan.

“Sejujurnya, saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai saya pernah cakap nak memberi fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh,” katanya

Terdahulu, Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 sebelum bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Semoga Bella Dally selamat membina rumahtangga yang baru dan berkekalan ke akhir hayat.