“RM1,500 pun taknak bayar” Che Ta Didakwa Tak Bayar Gaji Driver?

Semalam kecoh di Facebook apabila seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu Rozita Che Wan mendakwa tidak menerima gaji seperti yang dijanjikan.

Lelaki itu dikatakan baru saja dua bulan bekerja dengan Che Ta dan kini mendakwa tidak menerima gaji daripada Che Ta.

Menerusi Facebook Muhammad Riduan memberitahu dia terpaksa meluahkan semua ini kepada umum setelah tiada jalan penyelesaian.

“Sedih rasa hidup kita kerja penat siang malam gaji tak dibayar..Terima Kasih la niaya saya mcm ni Che ta, Semoga Allah balas apa yg kau dah buat kat aku..Aku haramkan setiap penat lelah aku dari pagi sampai ke malam kau tknk bayar gaji aku..Allah dengar doa orang teraniaya mcm aku ni..Aku doakan suatu hari nnti bila kau susah kau akan ingat cemana seksanya aku makan gaji dgn kau.. Aku harap business kau karier kau akan jatuh sampai kau terduduk..Mcm pengemis aku jadinya kau buat aku minta gaji dgn kau, kau kata aku mcm2 untuk taknak bayar gaji, siap suami kau call aku ckp aku putar belit cerita bagai siap kata tkpa nk viral, viral la kita tgk siapa punya viral lg kuat..Aku tk kisah kau artis kuasa viral kau lg kuat dari aku tapi ingat setiap titik peluh orang yg kau tk bayar tu kau jawab kat akhirat nnti..Aku baru kerja tak sampai sebulan kena saman dgn trafik kau ckp kat PA kau salah aku sebab tak pergi tukar no plat, kau rasa berapa kali dah aku bgthu kau suruh tukar no plat tapi kau asyik cakap nanti2..sampai la nk kena saman yg kedua baru kau bg duit suruh pergi tukar..Takpa kalau kau rasa kau nk tindas bangsa kau sendiri mcm ni dgn RM2,000 tu kau rasa boleh buat kau kaya, tkpa aku haramkan setiap titik peluh aku selama ni..Aku tahu aku orang susah tapi aku masih ada maruah diri..Aku bukan nk bukak aib kau tapi suami kau yg cabar aku siap cakap kuasa viral siapa lg kuat..Jangan sampai orang takde org nk ambik aku kerja lg dia ckp..Kau bukan tuhan nk tentukan rezeki orang..Allah tu maha adil lagi maha kaya..Kepada PA che ta Kak Nani, terima kasih dah tolong saya untuk dapatkan gaji tapi dia tknk bagi jgk..Tkpa akak dah jalankan tanggungjawab akak..Terima kasih untuk segalanya..”

Di dalam luahan lelaki itu, dia mendakwa tidak dibayar gaji seperti yang telah dijanjikan walaupun telah meminta berkali-kali daripada Che Ta.

Lelaki itu juga mendakwa, baru sahaja bekerja sudah dikenakan saman oleh pihak berkuasa atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran kereta yang tidak mengikut spesifikasi.

WhatsApp bersama PA Che Ta

Che Ta Balas Balik

Walaubagaimanapun, Che Ta menerusi Instastory miliknya mendakwa bekas pekerjanya itu bekerja sambil lewa.

Che Ta juga mengatakan drivernya memandu kereta sambil tidur akibat kepenatan.

Semoga perselisihan faham antara Rozita Che Wan dan driver beliau dapat diselesaikan sebaiknya.

Sumber: YOY Network