“Kening patung kek pun comelnya lahai..” Elfira Loy Sambut Birthday ke-25 Jadi Tumpuan Netizen

Satu sambutan hari jadi selebriti popular iaitu Elfira Loy menjadi tumpuan peminat di laman Instagram miliknya.

Elfira Loy telah memuatnaik foto sambutan hari lahirnya di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Birthday celebration with my favorite people on earth. Thank your for making time ambik cuti and plan all this. Thanks @kensapothecary and team for arranging everything for us . Love you muah muah” 

Gambar kek Hari Jadi Elfira Loy

Rata-rata netizen memberikan perhatian terhadap patung di atas keknya yang dikatakan kelihatan sama sebijik macam Elfira Loy terutama pada bahagian keningnya.

Sebelum ini Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu 2019.

BACA: Luahan Sufian Suhaimi Buat Netizen Sebak

Pasangan merpati dua sejoli itu bergelar suami isteri selepas mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Dalam satu entri di laman Instagram peribadinya sekitar setengah jam lalu, Elfira memuat naik foto beserta kapsyen bertulis Álhamdulillah’.

Tiada sebarang info lanjut mengenai majlis pernikahan itu yang dikongsi dengan peminat-peminatnya.

Entri Elfira mengenai majlis akad nikahnya itu turut menarik perhatian sebilangan selebriti yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah pada pelakon itu dan suaminya.

Antaranya pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil yang mengucapkan tahniah kepada Elfira.

Tidak ketinggalan turut berkongsi kegembiraan itu ialah pelakon Sherry Ibrahim, Izzue Islam, Nabila Razali dan ramai lagi.

Selain majlis akad nikah yang berlangsung, pasangan itu juga melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari.

Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu.

Semoga Elfira Loy sentiasa berbahagia bersama suami.