Suspek Dibawa ke Sungai, Unit Selam Polis Cari Bahan Kes Yang Dibuang

Sebelum ini kita dikejutkan dengan tragedi kes seorang gadis Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun yang tular sekitar minggu lalu.

Apa yang lebih menyedihkan, Allahyarham Nur Surya terkorban dengan pergelangan tangan kirinya putus di hadapan ibunya yang terlantar sakit di ruang tamu rumah.

Siasatan diteruskan dengan mengesan barang kes di sebuah sungai 

Difahamkan, suspek merupakan kenalan Allahyarham yang juga berusia 19 tahun telah ditahan reman sejak 3 November lalu berhubung kes ini setelah hadir memberi keterangan di balai polis berhampiran rumah.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah meneruskan siasatan di sebuah sungai di Telemong, Terengganu bagi mengesan barang kes yang dipercayai dibuang ke dalam sungai tersebut.

Guna khidmat Unit Selam Pasukan Polis Marin 

Selain itu, pencarian bahan bukti berkenaan telah menggunakan khidmat Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga yang membantu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, beberapa keping gambar turut dimuat naik ketika siasatan dilakukan.

Barang kes telah dibuang ke dalam sungai

Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga bantu Jabatan Siasatan Jenayan Kontinjen Terengganu kesan barang kes yang di percayai di buang ke dalam sebuah sungai di Telemong, Terengganu.

Suspek dibawa ke kawasan barang kes dibuang

Disamping itu, gambar suspek yang berpakaian lokap berwarna oren turut tular di Facebook Hero tv dipercayai dibawa ke lokasi bahan bukti dibuang bagi membantu siasatan.

Senjata pisau dipercayai dibuang ke tepi lebuh raya

Difahamkan, polis menemui senjata dipercayai pisau yang dibuang di tepi lebuh raya, tidak jauh dari lokasi pembunuhan tragis itu.

Terdahulu, pada 1 November lalu, Allahyarham Surya ditemui tertiarap tidak bernyawa oleh adik perempuannya, Siti Nur Syuhada yang baru pulang dari sekolah.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Surya, semoga tragedi ini menjadi contoh dan pengajaran buat kita semua.