Connect with us

Semasa

“Siap nak wheelie tu..” Tular Budak Bawak Motor, Akhirnya Serah Diri di Balai Polis


Satu video berdurasi 18 saat telah tular di media sosial memaparkan gelagat seorang kanak-kanak bersaiz kecil menunggang Honda EX5 dan ditegur seorang pemandu kenderaan di simpang Kampung Paya Cegar, Jitra.

Dipercayai, kanak-kanak berusia 12 tahun itu turut didakwa cuba mengangkat tayar motosikal dan gelagatnya dirakam orang awam sebelum tersebar di media sosial.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Paya Cegar, Jitra


Menurut Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, pihaknya sudah menyemak video berkenaan dan berjaya mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak lelaki berkenaan.


Jelas Beliau lagi, berdasarkan video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di Kampung Paya Cegar di Jitra.

Kita beri notis kepada pemilik motosikal untuk hadir ke pejabat JPJ

“Kita akan memberi Notis 114 kepada pemilik motosikal itu supaya hadir ke pejabat JPJ untuk memberi keterangan”.

“Namun, kita akan dapatkan dulu maklumat lanjut dan melakukan soal siasat sebelum tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Tindakan itu mengancam keselamatan pengguna jalan raya

Ujar Ismasuhaimi lagi, pihaknya mendapati kesalahan kanak-kanak itu ialah tiada lesen memandu B2 selain tidak memakai topi keledar.

Katanya, tindakan kanak-kanak itu juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.

Kanak-kanak itu datang serah diri ke balai polis

Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut telah datang bersama bapanya berusia 50-an pada 2.40 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, video yang ditularkan di Facebook (FB) dan WhatsApp selama 18 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggang motosikal Honda EX-5 hitam dan nombor pendaftarannya kabur.


Kesalahan menunggang motosikal di bawah umur

“Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit berada di satu simpang tiga dan menunggang motosikal keluar dari simpang sehingga tamat video berkenaan”.

Mohd Ismail berkata, tindakan akan diambil berdasarkan kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

Selain itu, menurut beliau lagi kanak-kanak lelaki terbabit juga didapati tidak memakai topi keledar.

Kanak-kanak lelaki itu dibebaskan selepas dikenakan saman atas kesalahanya

“Tindakan juga diambil terhadap warisnya mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor”

“Kanak-kanak lelaki itu kemudian dibebaskan selepas dikenakan tindakan saman atas kesalahannya,” katanya.

Ibu bapa beri perhatian dalam aspek keselamatan 

Berikutan itu, polis menasihatkan ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam aspek keselamatan lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan teladan kepada kita semua. Diharap semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan demi keselamatan kita bersama.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)