Suruh Isteri Diam Walau Dipukul Suami, Kenyataan Ustazah Oki Setiana Dewi Buat Netizen Kurang Senang

Setiap wanita mempunyai impian yang sama dimana menginginkan sesebuah keluarga yang bahagia dan harmoni serta paling penting, memiliki suami dengan keperibadian yang baik.

Namun tidak semua orang mampu mengecapi hasrat tersebut. Ada yang dibelenggu masalah rumah tangga dek kerana suami yang panas baran dan ada juga sehingga tahap ‘naik tangan’ pada isteri.

Bagaimana pun, isteri mempunyai hak untuk mengadu kepada pihak berwajib tentang keganasan rumah tangga yang dialaminya agar tiada perkara yang lebih teruk berlaku.

Pun begitu, lain pula cerita nya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah bebas terkenal, Ustazah Oki Setiana Dewi mengundang kecaman warganet.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya @okisetianadewi13, dia menceritakan tentang satu kisah yang berlaku di mana sepasang suami isteri sedang bertengkar lalu si suami bertindak di luar kawalan dengan memukul wajah isterinya. Si isteri terkejut apabila pada ketika itu ibu bapanya datang ke rumah dengan keadaannya yang menangis.

“Suaminya dari jauh berdebar-debar. Ya Allah isteriku sudah pasti akan mengadu sama ibu mentuaku bahawa tadi baru dipukul. Si ibu tanya kepada si anak kenapa dengan kamu? Kenapa kamu nangis mata sampai sembab begitu kenapa?”

“Si anak menjelaskan ibu ayah Ya Allah saya tadi berdoa kepada Allah. Saya rindu kepada ibu ayah dan sudah lama tidak berjumpa. Saya menangis kerana rindu kepada ibu ayah. Lalu Allah makbulkan doa saya dan terharu lalu menangis.”

Si suami terkejut dengan respond dan sikap isterinya padahal ketika itu dia boleh menceritakan bahawa dia dipukul namun dia memilih untuk merahsiakan hal tersebut.

Dalam masa yang sama, Ustazah Oki Setiana Dewi turut memberi pesanan agar tidak meceritakan apayang berlaku kerana itu sekaligus akan memburukkan pasangan.

Berikut merupakan video yang tular:

@okisetianadewi13 Tingkat tertinggi akhlak istri #okisetianadewiofficial #dakwah #islam #fypシ ♬ Kiss the Rain – Richard Abel

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 848.1Ktontonan, 80K tanda suka,1794 komen dan 4944 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Oki Setiana Dewi seolah-olah wanita tidak punya hak untuk bersuara tentang keganasan rumah tangga.

Malah netizen juga tidak menyangka Ustazah Oki Setiana Dewi mampu mengeluarkan kenyataan sebegitu ekoran kredibiliti dirinya yang selaku pendakwah disegani ramai.

Berikut merupakan komen warga maya: