“Saya cuba guna ilmu itu..” Pelik Bisnes Kakak ‘Tak Jalan’ Walaupun Sedap, Sekali Adik Guna Ilmu Terus Laku

Setiap peniaga yang memulakan perniagaan mesti mahukan pelanggan yang ramai bukan sahaja ianya menjadi tarikan buat yang lain malah memberikan keuntungan kepada para penjual.

Namun lain pula cerita dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda yang dikenali sebagai Fakrul Razi Shafie, 25 mengakui sedih melihat perniagaan makanan utara milik kakaknya Noor Shahirah Shafie, 37 yang mula diusahakan pada April tahun lalu sunyi sepi tanpa kehadiran pelanggan.

Memetik laporan mStar, kedai makan itu terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang masih sepi tanpa kehadiran pelanggan.

“Mula-mula kakak buka kedai untuk waktu sarapan tapi tiada sambutan. Jadi dia buka untuk makan tengah hari, kemudian dia buka untuk makan malam pula. Akhirnya kedai itu beroperasi dari 7 pagi sehingga 11 malam.”

“Kakak berniaga dengan suaminya. Tapi mereka mampu bayar seorang pekerja saja. Pekerja itu pun bekerja sehingga jam 2 petang. Untuk waktu selepas 2 petang sampai malam, saya yang akan bantu.”

“Saya pun baru konvo, jadi baru dua minggu saya bantu kakak sebab kesiankan dia. Sebelum ni kakak pernah cerita, susah nak dapat pelanggan. Bila sekarang saya sendiri ada di kedai, saya memang boleh rasa apa yang dia cakap.”

“Bila berada dalam kedai, saya rasa sangat sunyi. Dalam keluarga, kakak memang suka memasak. Masakannya pun sedap. Jadi saya terfikir, kenapa orang tak sudi rasai masakan dia? Saya duduk di kedai, saya tengok orang lalu-lalang ramai, tapi mereka sekadar lalu.”


“Keadaan kedai pun bersih dan teratur, tapi masih tak ada orang. Kakak dan suami yang masak sendiri, mereka menawarkan menu utara seperti nasi kandar, laksa utara, bihun sup dan banyak lagi,” ceritanya panjang lebar.

Fakhrul yang juga merupakan anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu mencuba pelbagai cara untuk memperkenalkan premis perniagaan kakaknya kepada masyarakat setempat dan salah satunya membuat video di laman TikTok.

Rezeki tidak pernah salah alamat, pada Jumaat lalu ideo yang memaparkan kesunyian premis tersebut yang dikongsi ke aplikasi TikTok meraih perhatian ramai sehingga membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga.

“Saya perasan tiada sistem pengurusan di kedai kakak saya. Dengan ilmu yang saya pelajari, saya tolong dia dari segi perakaunan, marketing dan perkhidmatan. Sebab saya belajar ekonomi, jadi saya cuba guna ilmu itu untuk bisnes kakak.”

“Jadi saya hasilkan satu video, tak sangka ia viral di TikTok. Selepas insiden viral, ramai yang komen bagi sokongan. Ramai warga Kuantan turut komen di posting video itu.”

“Esoknya saya perasan ada peningkatan dalam sales kedai kakak. Sebelum ini, nak penuhkan lima meja pun susah. Sejak viral, saya rasa tak boleh duduk diam, mesti ada saja kerja yang perlu dibuat. Alhamdulillah, kaedah itu berhasil.”

“Saya sangat tersentuh dengan sokongan mereka. Ada juga yang datang ke kedai, mereka kata kenal bisnes kakak melalui video di TikTok. Mereka pun turut bagi kata-kata semangat agar jangan berputus asa.”


“Saya nak ucap terima kasih kepada sesiapa saja yang kongsi video itu. Saya harap makanan di kedai kakak saya meninggalkan kesan yang baik sehingga mereka nak datang lagi selepas ini,” ujar Fakrul lagi sambil menambah mereka sekeluarga berasal dari Kedah.”

Video yang tular di laman TikTok:

@madebygiejie Warga kuantan semua jemputlah datang untuk merasa makanan di kedai kami ni ‍♂️ #fyp #foryoupage #foryou #myfoodie #kuantanpahang #nasikandar ♬ original sound – – _

Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 80.4K tontonan, 7928 tanda suka, 1105 komen dan 1002 perkongsian di applikasi TikTok.

Bercerita lanjut, Fakrul yang juga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sudah menamatkan pengajiannya dengan keputusan kelas pertama pada tahun 2020 sekali gus dapat mengubah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi biasiwa.

“Saya tengah tunggu panggilan untuk jadi cikgu. Untuk subjek Ekonomi belum buka lagi, jadi saya mohon untuk jadi cikgu sejarah. Masih tunggu keputusan sekarang.

“Sejujurnya saya gembira apabila dapat keputusan kelas pertama. Bila ambil pinjaman PTPTN, saya cuba usaha belajar bersungguh-sungguh agar tak perlu bayar, selain saya kerat kudrat untuk belajar,” ujarnya lagi