“Sumpahlaaaa suara dia?” Nyanyian Anak Gadis Nora Arifin Buat Netizen Kagum!

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi era 1990-an Nora Ariffin ini? Wan Norafizah Ariffin atau lebih mesra dipanggil Nora ini suara merdu yang dimilikinya itu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Malah anak-anaknya juga turut memiliki bakat nyanyiannya.

Baru-baru ini, Nora Ariffin telah mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video berkenaan anaknya, Putri Dahlia. Dia juga sering berkongsikan video nyanyianya di laman Instagram malah dia mempunyai single pertama yang dimuat naik di Youtube channel miliknya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh yujikyunn di laman TikTok ini, memaparkan rakaman Putri Dahlia yang sedang menyanyikan lagu dengan suaranya yang cukup hebat di dalam salah sebuah rancangan televisyen. Walaupun menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris, suaranya cukup mengagumkan kerana pada mulanya didengari seperti penyanyi antarabangsa.

Difahamkan lagu tersebut yang berjudul Old Love ini merupakan lagu milik gadis ini sendiri yang berkolabrasi bersama seorang penyanyi YouTuber Yuji. Siapa sangka anak perempuan Nora Ariffin itu sebenarnya mempunyai suara yang merdu dan menyentuh jiwa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya juga turut kagum dengan suara Putri Dahlia yang sangat lembut dan santai. Bukan itu sahaja, ada di antara mereka yang tidak mempercayai anak Nora Ariffin memiliki nyanyian sebegitu hebat.

Antara komen warga maya di laman TikTok:

“omg!! mashaAllah sedapnya suara awak dahlia..”


“Lagu dia ke? aa love sangat..”

“Serious ah ni suara dia? Ohmy soft gila cair weh aku..”


“Suara mak dia turun kat anak dia, sedap gila? lembut je..”

“Suara dia seriously sesuai dengan r&b type of song..yang chill chill itu..”

Video yang tular di laman TikTok dan YouTube:

@yujikyunn Looks like many people love @Putri Dahlia ‘s live performances! #fyp #malaysia #freshbrew #oldlove ♬ Old Love – yuji & putri dahlia

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3m tontonan, 251.8k tanda suka, 2608 komen, 27.4k simpanan, 2568 perkongsian di laman TikTok. Bagaimanapun, ruangan komen ditutup atas sebab-sebab tertentu.