Proses Tatoo Kening Gagal, Klinik Kecantikan Terus Tutup Kedai Lepas Janji Nak Baiki Semula

Demi kelihatan cantik, wanita sanggup melakukan apa sahaja bahkan sanggup berhabisan beribu ringgit untuk rawatan kecantikan serta ada juga yang melakukan tatu di bahagian badan agar terlihat lebih anggun.

Namun perlu diingatkan, melakukan tatu di badan adalah sangat dicegah dalam agama islam dan hukumnya haram untuk setiap individu muslim atas sebab-sebab tertentu.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang wanita daripada Thailand iaitu Niat Nipapron Meeking seakan mengalami mimpi ngeri setelah melakukan tatoo di bahagian kening sebelum pergi bercuti mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, dia ingin keningnya tampak lebih cantik dan klinik kecantikan kecil terletak di wilayang Rayong yang dipilih itu adalah klinik yang dicadangkan oleh rakannya sendiri.

Wanita berusia 32 tahun itu membayar 1,500 baht (kira-kira RM185) dengan harapan dia akan memiliki sepasang kening yang tebal dan cantik.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi wanita ini apabila hasil daripada kejadian tersebut nyata gagal dan memperlihatkan Nipapron seperti mempunyai dua pasang kening!

Kalau diperhatikan, memang sangat aneh malah dia juga turut terkedu melihat wajahnya sendiri.


“Saya masih ingat mahu melancong dengan rakan dan mahu ‘kening baharu’.”

“Seorang kawan mencadangkan sebuah kedai untuk (tujuan itu). Selepas prosedur itu, saya melihat cermin dan tidak (dapat) bersuara,” katanya

Pun begitu, kakitangan klinik tersebut telah berjanji untuk membaiki semula kesilapan berkenaan secara percuma dan meminta wanita ini untuk datang semula ke klinik pada esok hari.

Akan tetapi, ibarat sudah jatuh tertimpa tangga, wanita ini seakan ditipu apabila premis berkenaan terus tutup dan tidak dibuka lagi sehingga kini.

Dia terpaksa menahan malunya dan teruskan hidup dengan 2 pasang kening di muka sehingga dia hilang keyakinan diri.

“Saya juga pergi ke pelukis tatu yang berbeza tetapi mereka tidak dapat memperbaikinya,” kata Nipapron.

Berkongsi lanjut, beberapa orang pelukis tatu telah tampil untuk membantu namun tiada yang berjaya mengubahnya kepada bentuk asal sehinggalah ada seorang artis yang menawarnya untuk memadam tatu tersebut secara percuma dan akhirnya wanita ini boleh meneruskan hidup seperti biasa.