Bawa Tunang Ke Majlis Kahwin Baim Wong, Netizen Puji Cinta Hati Elfira Loy Tampan

Hampir tiga bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Elfira Loy akhirnya memuat naik fotonya bersama wajah cinta hatinya, Muhammad Faris Khairol Anuar  ke akaun Instagram.

Gambar itu diambil ketika menghadiri majlis perkahwinan aktor Indonesia, Baim Wong di Jakarta, Indonesia semalam.

Menerusi foto tersebut, Elfira memakai gaun serba merah jambu dan pasangannya segak mengenakan sut.

Posting tersebut mendapat perhatian ramai terutama peminatnya yang teruja melihatnya bahagia disamping kekasih hati.

Ramai yang memuji ketampanan Faris kerana mereka dilihat seperti sama cantik sama padan.

Elfira dan Faris ini mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dan majlis itu diadakan secara tertutup.


Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu hubungan itu putus.