Suami Selamba Angkat Mesin Basuh Ke Tingkat Atas, Tak Sedar Angkat Hadiah Sendiri

Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang suami yang mengangkat mesin basuh sambil menaiki tangga dari tingkat bawah ke kediamannya sendiri.

Rakaman itu telah dibuat oleh isterinya Nur Hanim binti Mohd Razali setelah menerima mesin basuh yang beli secara atas talian tiba di rumah mereka.

Menurut Hanim rumah mereka itu berkonsepkan bandar serta mempunyai 3 tingkat. Pekerja yang ditugaskan untuk menghantar mesin basuh tersebut telah menghantar mesin itu di tingkat satu dan akan mengenakan caj perhidmatan untuk mengangkat ke tingkat seterusnya.

Oleh itu, suaminya telah menawarkan diri untuk mengangkat mesin tersebut seorang diri kerana cas yang dikenakan amat itu amat tinggi.

“Rumah saya ni townhouse, jadi aras bawah ada rumah orang lain. Dua pekerja hantar ke rumah kami di aras satu.

“Kalau nak angkat ke bilik laundry di aras dua, ada caj perkhidmatan. Jadi suami kata tak apa, dia angkat sendiri dari aras satu ke aras dua.”

“Barang sampai baru kami tahu ada ekstra caj hampir RM100 untuk dibawa ke tingkat atas. Suami yang kaki gim dah biasa angkat berat, jadi dia buatlah.” katanya menerusi laporan mStar.

Tawar Diri Untuk Tolong, Suami Tidak Mahu

Kata Hanim, dia tidak menyangka suaminya mampu mengangkat mesin sendiri dan menawarkan diri untuk membantu namun suaminya menolak.

“Nampak berat sebab dua pekerja angkat berdua dari lori. Saya ada offer untuk tolong, tapi suami kata dia okay untuk angkat sendiri,”

Walaupun sudah biasa melihat suaminya angkat berat, namun dia tetap bimbang tentang suaminya kerana tangga di rumah mereka agak sempit ketika itu tetapi suaminya selamba sahaja menaiki tangga sambil mengangkat mesin basuh.

“Risau juga kalau suami tergolek ke belakang masa bawa naik mesin basuh tu. Dengan ada tempat gantung beg antara tangga, dia redah je macam tak ada apa-apa.”

Selepas tiba di ruangan membasuh, Hanim bertanya kepada suaminya adakah dia berasa sakit atau apa namun suaminya berkata dia kuat.

“Lepas suami dah letak mesin basuh kat bilik laundry, saya tanya ada sakit tak? Risau kalau sakit belakang. Suami kata ‘okay je, abang kuat’,”

Menurut Hanim, suaminya dulu seorang yang kurus tetapi selepas dia berkerja sebagai bodyguard dia harus menjaga badannya serta bermain gim.

“Dulu suami kurus, berat dia 56kg. Tapi kerjanya sebagai bodyguard kena badan nampak lebih fit, itu yang dia masuk gim dan sekarang berat dia 87kg,” ujarnya.

Buat Kejutan Untuk Suami

Disebabkan minat membina badan, suri rumah itu membuat kejutan dengan menghadiahkan set kelengkapan senaman angkat berat baru-baru ini sempena hari ulang tahun suaminya.

“Birthday suami sebenarnya pada 29 Oktober, tapi saya buat kejutan awal dengan hadiah kira-kira 10 jenis peralatan yang dibeli secara online dan berasingan.”

Tambah Hanim lagi, suaminya begitu sibuk dengan kerja sehingga balik lewat kerana pergi ke gim selama satu jam, kini suaminya sudah boleh bermain gim di rumah.

“Sebelum ini suami begitu sibuk dengan kerja, hanya ada masa lapang ke gim selepas tengah malam.

“Lepas bersenam kira-kira sejam, sekitar pukul 1 pagi baru balik. Sekarang ni dah boleh gim di rumah,” katanya sambil menambah kos keseluruhan set tersebut berjumlah kira-kira RM6,000.

Katanya segala barangan gim yang dibeli itu diangkat sendiri oleh suaminya namun dia tidak bertanya atau hairan dengan isterinya itu sehinggalah Hanim memberitahu semua itu untuknya.

“Nak buat surprise tapi saya minta suami tolong angkat masa barang-barang tu dihantar ke rumah. Saya kata itu barang-barang saya punya, order online.

“Kejutan tetap menjadi bila suami nampak kotak ada tulis dumbbell, tapi dia tertanya-tanya siapa punya sehingga saya beritahu semua tu untuk dia.”


Suami Rajin Membantu Dari Segala Aspek

Suri rumah itu berkata segala kejutan yang dibuat itu bukan saja untuk menghargai suaminya yang sering membantu mengangkat barang, malah suaminya juga rajin memasak dan membantu membuat kerja rumah serta menjaga anak-anak.

“Kejutan tu nak hargai suami yang bukan saja boleh tolong angkat barang-barang berat di rumah, tapi dia juga rajin tolong buat kerja-kerja rumah, jaga anak. Memasak pun suami boleh, lagi pandai daripada saya. paling sedap masakan suami adalah ayam masak merah,”

Video tular di laman Tiktok

@hanimrazali16Bila kau suh husband kau angkat mesin basuh naik atas . Mesin lama rosak pulak pasto gedabak suami belikan baru . Pandai2 la angkt yee 😜 berat tuh 😅♬ original sound – NHanim16