Suami Menangis Terharu, Dapat ‘Surprise’ Akhirnya Bakal Peroleh Cahaya Mata

Rezeki itu luas, boleh dikurniakan dalam pelbagai bentuk sama ada diberi kesihatan yang baik, harta wang, cahaya mata dan lain-lain.

Iospital phone repair gombak

Begitu juga dengan kisah sepasang suami isteri yang tular baru-baru ini dikatakan sudah berumah tangga lebih dari dua tahun dan belum memperoleh cahaya mata bersama.

Menurut laporan MStar, Puteri Nadiah Zainal Abidin, 26 berkongsikan kisah di sebalik video yang tular baru-baru ini di laman TikTok yang memaparkan suaminya, Mohd Salihim Razak, 34, menangis teresak-esak setelah dikejutkan dengan berita gembira oleh Nadiah.

“Awalnya tu saya dah dua minggu tak period tapi biasanya memang macam tu.

“Tapi waktu tu juga suami saya dah banyak hari muntah-muntah sebab tak sihat. Saya pelik tengok dia jadi terdetik di hati nak buat ujian kehamilan.

“Jadi pagi tu pukul 4 saya bangun tidur senyap-senyap, saya check guna pregnancy test dekat bilik air rumah,” terang Nadiah.

Nadiah yang menetap di Ipoh, Perak itu meluahkan rasa gembira dan terharu bahawa akhirnya dia hamil justeru berasa tidak sabar untuk berkongsikan berita gembira itu dengan suaminya.

Namun begitu, Nadiah terfikir untuk merahsiakan berita itu terlebih dahulu dan bakal memberitahu suaminya pada hari jadinya nanti.

“Saya kahwin dengan suami ketika dia dah agak berumur sikit. Kawan-kawan dia yang lain semua dah ada anak. Adik dia sendiri pun dah ada lima anak masa kami kahwin.

“Jadi dia memang nak sangat ada anak dari sebelum kami kahwin lagi. Selalunya kalau dapat berita kawan-kawan kahwin dia agak sedih sebab giliran dia belum tiba. Selama ni dia bermain dengan kucing saya saja.

“Rezeki saya dapat suami memang sayang kucing. Lepas kahwin terus bawa Oyen duduk sekali. Oyen tu hampir dua tahun dah jadi keluarga saya.

“Sebelum ni setiap kali beritahu saya period, boleh nampaklah riak muka kecewa dia. Tapi masa buat surprise hari jadi dia happy sangat. Tak sangka sampai berjurai-jurai air mata dia,” jelasnya.

Susulan itu, Nadiah sempat meninggalkan pesanan kepada para pasangan di luar sana yang masih menunggu kehadiran cahaya mata pertama mereka.

“Saya rancang kejutan tu di saat-saat akhir. Saya memang tak beli hadiah apa-apa pun. Pagi tu check UPT (urine pregnancy test), petang tu terus bagi suami. Saya selitkan stoking saja sebab hanya itu yang terlintas masa masuk kedai hadiah.

“Saya sorokkan kehamilan tu pada awalnya sebab berpegang pada prinsip sembunyikan perkara belum pasti. Memang niat saya nak post video tu lepas baby selamat dilahirkan.

“Ramai juga yang terharu sampai menangis tengok video tu. Ada juga yang beritahu mereka masih mencuba nak mengandung. Saya baca satu-satu semua komen sambil doakan mereka. Apa-apa pun semua rezeki datangnya dari Allah. Kita kena bersabar sambil berusaha,” jelas Nadiah.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan agar pasangan tersebut dikurniakan bayi yang sihat.

Ada juga warganet yang meluahkan rasa terharu dan ‘touching’ saat menonton momen berharga pasangan itu yang akhirnya bakal memperoleh cahaya mata setelah lebih dua tahun berkahwin.

Antara komen netizen:

“happynyaaa. semoga hubungan awak berdua berkekalan and babyy sentiasa sihat. berair mata saya 😭”

“asal aku ikut nangis😭…terharu nyaa,apapon tahniah sis jg kandungan elok² yaa..semoga d permudhkan urusan seterus nyaa aamiin yra”


Hantaran yang tular:

@puteri.nadiah Selepas 8 bulan terperap dalam fon, dan menunggu sampai dah selamat semuanya, barulah rasa senang hati nak share hadiah harijadi yg suami takkan boleh lupa 😁 Alhamdulillah, 12/11/22 secara rasminya kami menjadi Mommy & Babah kpd puteri sulung kami 💕 Syukur ya Allah #potongbawang #dontcrychallenge ♬ original sound – Nadhim – PuteriNadiah