Pihak Istana Negara Sediakan Kemudahan Pengamal Media, Masih Menunggu Siapa PM Ke-10

Seluruh rakyat Malaysia masih ternanti-nanti akan keputusan siapa yang bakal melakukan pembentukan dan siapakah yang akan memimpin negara kita ini.

Iospital phone repair gombak

Ekoran itu, terdapat ramai pengamal media berhimpun di hadapan Istana Negara sedang menunggu perkembangan politik negara yang bakal menentukan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Terdahulu pada tahun 2020, Yang Di-Pertuan Agong pernah mengagihkan KFC dan McDonalds kepada pengamal media yang berkumpul di hadapan Istana Negara kerana menunggu perkembangan politik pada saat itu.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter @mfarisdanial yang juga merupakan pengamal media dari Astro Awani, dia telah berkongsikan sebuah video yang memaparkan pihak Istana Negara telah menyiapkan beberapa khemah bersama makanan danjuga minuman kepada para media yang bertugas di kawasan tersebut.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi belum ada pergerakkan daripada mana-mana pemimpin gabungan parti politik di sini.

“Mujur pihak Istana Negara sediakan makanan & minuman untuk kami pengamal media,” tulisnya dalam hantaran yang telah dibuat olehnya.

Berdasarkan video tersebut, pihak Istana Negara telah menyediakan khemah berserta kipas, meja dan kerusi.

Bukan itu sahaja, turut terdapat pek makanan, air kotak dan air mineral disediakan buat pengamal media yang bertugas.

Tong sampah juga disediakan dan diletakkan berhampiran dengan khemah-khemah tersebut.

Difahamkan selepas keputusan penuh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan pada malam Sabtu lalu, pihak Istana Negara telah memohon agar parti-parti politik yang bakal menubuhkan kerajaan campuran mengemukakan nama calon Perdana Menteri Ke-10 sebelum jam 2 petang pada hari ini.

Namun begitu, Zahid Hamidi mahu memohon lebih masa kepada Istana Negara dalam usaha menentukan siapakan calon Perdana Menteri Malaysia seperti yang diminta selepas perjumpaan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (Barisan Nasional) diadakan.

Dikatakan, mereka berkumpul dan berbincang mengenai gabungan di Hotel Seri Pacific pada pagi tadi.

Meninjau di ruangan komen, warganet menitipkan doa agar dipermudahkan urusan dan ada juga individu yang berseloroh mengenai cuti bakal diberikan atau tidak pada hari esok.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular: