Tular Wanita Istimewa Lahir Tanpa Tangan, Kini Berkongsi Detik Manis Bertunang

Dalam hidup ini, setiap insan layak untuk merasai kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Walaupun mengalami kekurangan upaya, itu bukan alasan buatnya untuk menikmati hidup bahagia.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah seorang wanita yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan bernama Norfarrah Syahirah pernah tular suatu ketika dahulu pada tahun 2019 kerana kebolehannya memandu kereta miliknya dengan hanya menggunakan kaki.

Baru-baru ini pula Norfarrah telah berkongsikan detik manisnya iaitu majlis pertunangannya dengan pasangannya bernama Zul.

Norfarrah yang berusia 34 tahun itu telah memuat naik beberapa foto di laman sosial Instagrammnya yang memaparkan dia bersama pasangannya mengenakan baju sedondon berwarna hijau mint.

Berdasarkan foto yang telah dimuat naik di akaunnya itu, rata-rata warganet tertarik dengan foto bakal ibu mertuanya yang menyarungkan gelang kaki padanya.


Walaupun dapat dilihat majlisnya tersebut diadakan dalam suasana yang sederhana, namun senyuman masih terpancar di wajah mereka saat majlis tersebut dijalankan.

Menurut temu bual yang pernah diadakan pada tahun 2019 dahulu, Norfarrah pernah menyatakan bahawa sebelum ini dia telah berkahwin akan tetapi tidak berkekalan.

Bagaimanapun apabila disoal mengenai jodoh, katanya dia tidak menolak jika terdapat seseorang yang mampu menerima keistimewaan dirinya itu.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik di akaunnya @norfarrahsyahirahshaari pula, Norfarrah telah mengenakan busana pertunangannya itu sambil ‘miming’ lagu terbaru Chombi – Sayunk I Love You itu.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen mengucapkan tahniah kepada Norfarrah dan pasangannya, Zul.

Bukan itu sahaja, orang ramai turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin.

Antara komen netizen:

“alhmdulillah.. thniah kak..”

“tahniah…cantiknya awak..🥰🥰🥰🥰”

“tahniah dik..smga dipermudahkan urusan akn dtg insyaallah”

“tahniah smoga jalinan ikatan kekal hingga ke jinjang pelamin”

Hantaran yang tular:

@norfarrahsyahirahshaari Alhamdulillah.. selesai majlis untuk hari nie❤️❤️#tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Sayunk I Love You – Chombi