Suami Ke Trip Bujang, Geng Bini-bini Gigih Drive 5 Jam Ke Terengganu Semata Nak Skodeng Sebab Risau Pergi Kedai Air Buah

Apabila sudah penat mengejar rezeki, ada kalanya kita perlu juga merehatkan diri sama ada pergi melancong mahupun keluar bersama rakan-rakan, lebih-lebih lagi golongan para suami yang kuat bekerja.

Tetapi, ada pula para isteri yang risau keberadaan si suami. Ada yang mula overthinking sampai tak boleh tidur dibuatnya! Siap ajak member follow belakang suami senyap-senyap!

Sama seperti yang ingin diceritakan pada kali ini di mana tular satu video oleh @sweeto0508 di TikTok memaparkan geng-geng isteri telah mengintip suami mereka yang difahamkan pergi ke trip bujang bersama rakan-rakan lelaki yang lain.

Risaukan keberadaan suami, mereka nekad memandu ke Terengganu di mana lokasi suami mereka menginap selama 5 jam semata-mata ingin memantau tindak-tanduk para suami!

Yang melucukan, mereka para isteri berada di dalam satu kereta yang sama gara-gara tidak ingin rancangan mereka kantoi. Bukan itu sahaja, mereka juga persis seperti spy yang mengintip dari jauh.

Tanpa si suami ketahui, rupanya mereka telah diintip senyap-senyap. Dari tempat bersiar-siar, tempat makan sehinggalah tempat penginapan.

Walau bagaimanapun, pada sebelah malam, geng isteri bersama anak-anak tadi mula menunjukkan diri masing-masing dan sempat menghadiahkan sesisir pisang.

Oleh kerana enggan menggangu percutian suami, mereka para isteri berdedar dari situ dan biarkan suami mereka sambung bercuti tanpa sebarang gangguan.

Menjengah ke  ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat isteri-isteri yang gigih ingin menghendap suami mereka. Malah, ada yang mula berfikir untuk berkenalan dengan isteri suami masing-masing supaya boleh ‘skodeng’ sama-sama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Dia punye seraammmm nk lalu tu, sampai kite yg dalam keta gelap ni pon ikot tunduk2 takot kantoi, pdhl kat lua tak boleh nampak org dlm pon 🤣🤣🤣”

“HAHAHAHA KENA KAWAN DGN BINI2 KAWAN LAKI AKU NI BIAR BOLEH PANTAU SAMA2 🤣”


“Aku pulak excited takut laki dia perasan 😭”

“comel la skodeng husb masing2 ramai2😂😂😂😂😂”

“vibes dia mcm lalu depan rumah crush ramai ramai dgn member. alasan meronda 🤣”

Video yang tular di laman TikTok

@sweeto0508 5 jam drive. Sampai ke Terengganu kita skodeng laki kita 🤣 🤣🤣 #bini2kugangster🤣 #klang ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@sweeto0508 Replying to @Liyana Skodeng husband part 2. Time ni kteorang dah munculkan diri tapi duduk jauh2 je buat2 tak nampak 🤪 #bini2kugengster ♬ original sound – haneyzrodzy

@sweeto0508 Replying to @Bunga iRis🌼 kita cukcak malam bbq dyeorng bagi pishangggg #pishangg🍌🍌🍌 #bini2kugangster ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey