Connect with us

Viral

Tahan Kenderaan Lain Mahu Ke Hospital, Tindakan ‘Marshal’ Undang Kecaman Netizen

Seperti yang kita tahu, ‘marshal’ tiada kuasa untuk menyuruh pengguna jalan raya lain memberi laluan,lencongan dan hentikan kenderaan malah perkara tersebut telahpun ditegaskan oleh PDRM sendiri.

Pun begitu, masih ada yang berdegil dan tetap bertindak sebagai marshal untuk sesetengah konvoi agar perjalanan bergerak lancar.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki menahan sebuah kereta yang hendak ke hospital bagi memberi laluan pada geng konvoi motor mengundang amarah ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Mohd Akrie di Dashcam Owner Malaysa, difahamkan dia terpaksa memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan walaupun lampu isyaratnya sudah menunjukkan warna hijau, gara-gara ada seorang lelaki meletakkan motor skuter di persimpang itu dan mula ‘mengawal trafik’ untuk memberi laluan kepada konvoi terdiri daripada puluhan biji motor skuter yang lain.

“Konvoi bang. Jenis tak ada brek untuk berhenti di lampu isyarat. Orang nak pergi hospital pula yang kena tunggu bagi laluan dekat dia,” ujarnya di ruangan kapsyen


Dikatakan kejadian berlaku di persimpangan untuk menuju ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

Di hujung video tersebut apabila motor skuter terakhir meninggalkan persimpangan itu, marshal tersebut mengarahkan perakam dashcam membelok untuk meneruskan perjalanan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai perkara tersebut.

Majoriti daripada mereka mengecam tindakan mengecam tindakan marshal tersebut kerana bertindak mementingkan diri sendiri.

Namun pun begitu, ada juga yang menyifatkan tidak salah sekiranya kenderaan lain ‘menunggu sebentar’ sehingga motor skuter terakhir konvoi beredar dari jalan itu supaya tidak berlaku sebarang kemalangan.

Antara komen warga maya:

“Tiada kuasa mana2 agensi kecuali polis, jpj, ambulan dan bomba untuk sekat, escort dan ubah laluan awam.. abaikan arahan marshall jika situasi ini berlaku”

“Mengalah sikit tak rugi ponn.. bagi jela laluan kat group motor tu..”


“Bagus la dia buat macam tu sebab dia tau kawan2 dia laju.. ”

“Menjadi kesalahan sebab dia bukan polis, mana yang langgar lampu merah tetap salah”

“Bawak skuter jeee, dia punya tahan jalan macam bawak ducati panigale v4 harga RM 800K”

Video yang tular di laman Facebook:

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)