Nyanyi Tak Ikut Tempo, Jep Turun Pentas Sanggup Jadi ‘Conductor’ Ebby Yus “Dia antara lelaki baik”

Tak perlu kita kenalkan lagi pelawak terkenal Malaysia dan penyampai radio Sinar FM tak lain dan tak bukan Jep Sepahtu. Nama Jep semakin meningkat naik setelah terlibat dalam program sketsa Sepahtu Reunion Live di Astro Warna.

Selain mampu menghiburkan penonton dengan jenakanya yang bersahaja, riak muka yang selamba turut menjadi penyumbang dekah orang ramai. Jep juga disenangi ramai dengan sikapnya yang sporting dengan semua anak seni tak kira muda mahupun tua.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sikap baik Jep yang membuatkan ramai penonton terharu melihatnya. Momen-momen tersebut sempat dirakam oleh salah seorang penonton yang berada di studio ketika berlangsungnya rancangan Sepahtu Reunion Live.

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh Salwa Jaffri di TikTok, Jep dilihat membantu Ebby Yus menyanyi mengikut tempo musik. Seperti yang ramai tahu khasnya penonton setia rancangan lawak, Ebby Yus sering tidak mengikut tempo yang dimainkan band muzik ketika menyanyi.

Kegigihan ingin membetulkan nyanyian Ebby Yus membuatkan ramai peminat terharu dengan pelawak serba boleh ini. Sudahlah berpewatakan humble, baik hati lagi.

Sejak video berdurasi 28 saat ini dikongsikan beberapa hari lepas, ia telah mencuri perhatian ramai dengan meraih sebanyak 230 ribu tontonan serta 14 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, netizen tak henti-henti memberikan kata-kata pujian kepada Jep. Kata netizen, Jep menunjukkan kerjasama dan nilai persahabatan yang baik ketika membuat persembahan lawak. Selain itu, gandingan mereka berdua turut dikatakan nampak comel.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“comel je jep kt situ 😂”

“jep ni baik… mcm² mane pun die cuba hormat pelakon lagi tua dlm sketsa die…”


“mcm ketua bicara berirama dah abg Jep Sepahtu punya tangan 🤭”

“Suka dgn jep.. rasa dia ni antara lelaki baik”

Video yang tular di laman TikTok

@salwajaffri #sepatureunionlive2022 ♬ original sound – Salwa Jaffri