“Suami call banyak kali, tapi..” Terlalu Sibuk Dengan Pesakit Covid-19, Nurse Terkilan Tak Dapat Bantu Suami Sendiri

Bukan mudah menjadi penjawat awam yang perlu bertugas sebagai frontliner di saat pandemik Covid-19 menular.

Lebih-lebih lagi bagi yang berumahtangga sudah tentu sangat sukar untuk membahagikan masa di antara kerjaya dengan keluarga.

Begitulah yang dihadapi oleh seorang jururawat yang berkongsi rasa terkilan apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang menghina mereka sebagai frontliner.

Malah, dia turut berkongsi kisah sedih tidak dapat membantu suaminya yang jatuh di bilik air gara-gara sibuk menjaga pesakit Covid-19.

Menurut Hannah Hans, suaminya menelefon untuk meminta bantuan namun dia tidak sempat menjawab memandangkan dia sibuk menguruskan pesakit Covid-19.

Suami call banyak kali minta tolong

Sakitnya saya apabila dapat tahu suami cuba telefon banyak kali minta tolong (sebab dia jatuh bilik air dan kepalanya jatuh ke lantai) pada pukul 2 pagi.

Masa itu telefon saya tiada pada saya dan saya sibuk pakai baju PPE untuk 12 jam dan kumpul pesakit Covid dari 7 malam sampai 6 pagi. Akhirnya dia telefon 999 dan kawan saya yang jawab.

Nasib baik dia jatuh tu hanya pitam sekejap dan masih sedar, ada my mum. Kalau tak, terima kasih tuhan suami saya tiada apa-apa.

Kamu faham ke perasaan apabila kami (HCW/frontliner) terpaksa membelakangkan keluarga dan orang tercinta demi mendahulukan kebajikan dan kesihatan pesakit di musim pandemik Covid ini?

Kami berjuang kerana jaga kebajikan semua

So jangan kamu pandai-pandai hina kami dan cakap ‘Siapa suruh jadi nurse/doktor/MA/PPK atau PKP’ atau ‘Siapa suruh buat kerja hospital?’ ‘Berhenti kerja la, banyak lagi orang luar nak kerja’ .

Wow kalau kami tak pilih untuk jadi HCQ/Frontliner, kamu fikir hospital akan cukup staff ke? Kesihatan dan kebajikan kamu dapat berdiri sampai sekarang ke?

Kamu fikir kami tak fikir 100 kali ke untuk berkhidmat dan terus bertanggungjawab dalam pandemik Covid 19?

Disebabkan kami sayang dan ingatkan keluarga kami lah kami terus berjuang untuk kesihatan dan kebajikan rakyat agar pandemik Covid tak terus menular sampai ke keluarga kami.

Saya harap ramai faham berapa ramai pesakit Covid yang kami collect setiap shift. I wish u all understand perasaan dan tekanan pesakit dan keluarga yang terkena Covid yang kami collect setiap shift (Our heart hurts when see the child/kids terpaksa jauh with their parents, the parents terpaksa tinggalkan anak-anak di rumah.

Janganlah biarkan keluarga yang ada Covid

Dan paling menyakitkan ada juga keluarga yang sampai tak mahu terima balik keluarga yang ada Covid ini. U all know kaa!? They are CRYING INSIDE tauu!

So..Pls plss & plss!! STOP All ur EGO & STOP all the Gamess!! (tak kisah laa games politik ke, keyboard warrior ka, Anti Vaccine ke, anti-anti segala anti ke atau apa apa yang buli menyulitkan lagi keadaan) Follow SOP & go take care UR family selagi sempat.

Ini masa anda bersama dengan keluarga anda. Biar kami sebagai HCW/Frontliners buat kerja kami untuk hentikan pandemik ini dan doakan kami.

I understand the pressure dan feeling yang terjejas dari segi kewangan tu. I BELIEVE Our Govt will try their BEST to think how to solve OR how to HELP.

But for now please Give Full Support to END this Fast! Thank you!

Pada masa yang sama, Hannah  sempat memberi nasihat kepada keluarga-keluarga pesakit Covid agar hentikan segala ego dan jangan menyulitkan keadaan di masa pandemik ini.

Rata-rata netizen simpati dengan apa yang berlaku terhadapnya dan mendoakan agar setiap urusannya dipermudahkan.