“Mulia hati dia..” Walau Habis Waktu Kerja, Abang Polis Bantu Hantar Pergi ‘Exam’ Kerana Jalan Tutup

Menjelang waktu pagi, orang ramai akan berkejaran untuk memulakan rutin harian mereka seperti biasa.

Namun begitu, malang tidak berbau, kadang-kala berlaku halangan ataupun kekangan dan pastinya ia akan mengganggu serba sedikit rutin pada hari tersebut.

Terima kasih banyak abang Polis

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @aimadazfar.

Anggota Polis sanggup hantar pelajar berkenaan untuk hadiri peperiksaan

Pengguna ini menceritakan perihal sepupunya yang mengalami kesulitan untuk menghadiri peperiksaan apabila laluan yang biasa dilalui ditutup kerana terdapat sebuah lori kemalangan.

Ekoran dari itu, dia mendapat bantuan daripada pihak polis apabila salah seorang daripada anggota tersebut sanggup memboncengkan dan menghantar sepupunya menghadiri peperiksaaan.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, anggota polis berkenaan telah pun tamat waktu bertugasnya.

Pelajar tersebut sempat hadiri peperiksaan 

Tindakan murni anggota polis itu bukan sahaja membolehkan sepupunya menghadiri peperiksaan yang bermula pada jam 9 pagi,

Menurut sumber lagi, jalan yang mereka lalui telah ditutup susulan daripada terdapat lori tanah kemalangan sehingga menyebabkan kenderaan lain terkandas.

Perkongsian yang dimuat naik itu, telah mendapat perhatian warganet dengan mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian semula kurang daripada sejam.

Diharap kisah ini boleh dijadikan contoh kepada semua dan semoga kita saling bantu-membantu antara satu sama lain.