Suami Ada Kanser & Anak OKU, Wanita Usia 60 Tahun Bawa Grab Sara Keluarga

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah kisah seorang wanita berusia 60 tahun yang masih cekal bekerja.

Dalam soal mencari rezeki tiada apa yang dapat menghalang seseorang itu dari terus berusaha demi menyera keluarga.

Wanita berusia 60 tahun yang masih gigih membanting tulang empat kerat demi anak istimewa OKU dan suami tercinta yang bertarung dengan penyakit.

Ramai wanita seusia dengannya tidak lagi bekerja dan berehat dirumah kerana tenaga yang semakin berkurang dek dimamah usia.

Namun, melihat kecekalan wanita ini yang diuji dengan keadaan anak dan suami namun masih bersemangat mencari rezeki demi meneruskan kelansungan hidup.

Wanita yang dikenali sebagai Misnah bekerja sebagai pemandu grab dan mengambil penumpang sekitar Labuan.

Satu perkongsian berkenaan wanita itu apabila kisahnya dikongsikan oleh Fedtri Yahya di laman sosial Facebook beliau.

Perkongsian itu telah mendapat ribuan tanda suka dan juga perkongsian. Rata-rata netizen meninggalkan komen-komen positif.

Menurut Fedtri Yahya, walaupun diuji dengan dugaan namun wanita ini tetap kelihatan bersemangat menghormati orang.

Tutur katanya lembut, berbudi bahasa dan sopan ketika menyapa penumpang yang perlu di bawa.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan berharap lebih ramai yang membantu wanita ini .

Semoga wanita ini terus cekal dan tabah mengharungi dugaan yang diberi dan diberikan rezeki yang luas kepadanya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan kebaikan kepad semua dan menjadi inspirasi buat semua.