Petua Kilatkan Kuali Dengan 2 Bahan Mudah, Murah Dan Hasilnya Berkilat Kuali

Surirumah bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Walaupun mereka tidak keluar meninggalkan rumah namun beban kerja yang sentiasa ada.

Tidak wajar kita memandang surirumah sebagai satu pekerjaan yang senang dan tidak menghargai pengorbanan mereka.

Rumah perlu dikemas, hidangan perlu disiapkan, perlu menguruskan anak-anak ke sekolah dan dapur perlu tersusun rapi tanpa ada pinggan kotor di sinki.

Ketahuilah, mereka tidak punyai cukup masa untuk melakukan pelbagai kerja terutama memastikan segala peralatan di dapur bersih dan berkilat.

Terdapat ramai wanita diluar sana berkongsi petua-petua turun temurun kepada orang ramai supaya ia dapat meringankan beban orang lain.

Sama halnya dengan peralatan memasak yang perlu sentiasa dijaga dengan rapi dan bersih dan kemas.

Satu petua telah tular dilaman sosial Facebook menerusi Dahriah Damsah yang berkongsi petua mengilatkan kuali anda.

Pasti anda berada anda perlu mencuba petua ini jika melihat kembali keadaan kuali anda yang telah berubah warna itu.

Jika anda membiarkan kuali atau periuk yang telah hitam dengan lebih lama, lagi bertambah susah anda mahu menanggalkannya.

Mari lihat bagaimana menjadikan periuk dan kuali anda kembali putih bersinar seperti baru sahaja dibeli ini.

Petua ini sangat mudah dan hanya menggunakan beberapa alat sahaja yang ada dirumah anda dan anda tidak perlu berbelanja besar untuknya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • Berus dawai
  • Sabun Mandi (Pastikan anda gunakan sabun mandi jenis buku (apa-apa jenama pun boleh)

Langkah-langkah memutih dan mengilatkan kuali anda adalah seperti berikut :

  1. Hancurkan sedikit sabun dan kemudian campurkan sabun tadi dengan sedikit air.
  2. Biarkan ia larut seketika.

3. Kemudian sental terus pada kuali atau periuk yang hitam.


4. Hasilnya pasti tidak akan menghampakan. Kuali anda bersih berkilat.

Selamat mencuba!!