“Stressnya sampai sini rasa” Si Abang Nampak ‘Frust’ Betul, Balik Rumah Lambat Gara2 Adik Degil Taknak Balik

Anak sulung ini tanggungjawabnya amatlah besar, terutamanya dalam menjaga dan melindungi adik-adiknya.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, sebagai seorang manusia biasa ianya normal apabila si sulung boleh berasa ‘frust’ dengan adik-adiknya yang degil dan tidak mahu mendengar cakapnya.

Apa pun, hal itu boleh dijadikan sebagai kenangan buat mereka.

Begitu juga kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini di mana dua beradik ditegur oleh ibu mereka kerana pulang lewat ke rumah.

Sebelumnya, mereka bermain di taman bersama-sama akan tetapi mereka akhirnya pulang lambat ke rumah iaitu dan sepatutnya pulang sebelum pukul 7 malam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shukri1902 yang dipercayai bapa mereka, dia bertanyakan kepada si abang yang bernama Muhammad Nasih mengenai sebab mengapa mereka pulang lewat.

Kelihatan sangat stres, Nasih menjelaskan bahawa dia sudah pun mengajak adiknya pulang akan tetapi adiknya itu enggan mengikuti arahannya.

Apabila bapanya bertanyakan soalan yang sama kepada adiknya, Fatimah, dia selamba sahaja mengakui kenyataan abangnya itu sambil tersenyum riang.

Apa yang membuatkan ramai orang terhibur dengan telatah beradik ini ialah apabila si abang meluahkan rasa ‘frust’ kerana sukar menjaga adiknya yang tidak mendengar cakap itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat aksi merek berdua dan berpendapat sama bahawa kadangkala sebagai anak sulung, rasa frust itu sememangnya ada dalam menjaga adik-adik.

Ada juga individu yang turut tertawa melihat aksi Fatimah yang tersenyum dan buat muka tidak bersalah sahaja sepanjang abangnya meluahkan rasa geram terhadapnya itu.

Antara komen netizen:

“HAHAHAHAHA adik dia takde perasaan eh abang tu stress 😂”


“selalu anak sulong mmg akan stress. anak sulong saya siap pesan, xnak adik dah.. nnt kne beralah byk … 😂😂”

“Patutlah dulu kakak aku selalu halau aku kalau dia nak keluar main dgn kwn dia rupanya dia tersiksa jaga akuhhh HHAHAHHAHA 🤣”

Video TikTok yang tular:

@shukri1902

Abg dah stress jaga adik 😭

♬ bunyi asal – Ahmad Shukri Kamarudin