“Hidung Kebal” Lagi Penyewa Dari ‘Neraka’, Owner Kesal Rumah Ditinggalkan Dalam Keadaan Kotor!

Seringkali kita lihat di media sosial dimana terdapat pelbagai ragam penyewa rumah dan ada diantara mereka yang seakan menjadikan rumah sewa seperti ‘tempat pelumpusan sampah’.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, ‘penyewa dari neraka’ itu wujud persis seperti kisah yang tular baru-baru ini yang mana tuan rumah sewa tidak dapat menahan marah apabila melihat rumahnya dalam keadaan yang sangat busuk dan menjijikkan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penyewa meninggalkan rumah dalam keadaan ‘huru hara’ dan kotor mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh salah seorang ahli keluarga tuan rumah, banyak kerosakan yang berlaku selain aspek kebersihan tidak dititikberatkan.

“Bawa motor dalam rumah sampai tiles (jubin) pecah-pecah. Setiap inci dinding penuh paku yang diketuk. Jelaga tebal boleh buat jalan tar.

“Tak apalah, kita ambil alih ni make up balik,” katanya dalam video sambil mengikis habuk tebal yang melitupi bilah kipas siling.


Tanpa mendedahkan lokasi rumah yang disewakan dan latar belakang bekas penyewa, wanita itu bagaimanapun kesal dengan apa yang berlaku.

“Ni kalau arwah ayah tengok mesti sedih,” katanya.

Walaupun tidak dinyatakan tempoh menyewa, kemungkinan bekas penyewa menghuni rumah tersebut bertahun-tahun jika melihat ketebalan habuk pada kipas siling.

Memetik laporan mStar, individu itu turut menyatakan selain kerosakan, kekotoran dan habuk tebal, penyewa terdahulu juga ‘meninggalkan’ tunggakan bil elektrik berjumlah lebih RM300.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir penyewa yang langsung tidak menitik beratkan isu kebersihan dalam rumah sekaligus berseloroh mengatakan mungkin hidung penyewa ini kalis habuk.

“Macam manalah mereka hidup. Rumah saya ni ada habuk halus-halus kat tepi kipas pun tak senang hidup. Merenyam hidung, bersin.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui ramai daripada mereka mempunyai ‘kategori’ malas yang tersendiri namun tidak lah sampai membiarkan kipas berada di dalam keadaan sebegitu rupa.

Antara komen warga maya:

“Laa.. kipas ke tu? ingatkan papan..”

“Pernah jadi kes dulu, 2 rumah sewa arwah abah, penyewa lari sama2, tinggalkan bil api dalam RM 7K dan bil air daman RM3K”


“Gila betul orang penyewa ni.. tak rasa bersalah ke buat rumah orang macam ni..”


Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)