Ceroboh Taman Perumahan, Kehadiran Gajah Di Kluang Raih Kerisauan Ramai

Gajah adalah mamalia besar dan liar serta sememangnya tidak boleh hidup dikawasan bandar kerana ianya akan memusnahkan segala harta benda.
Iospital phone repair gombak
Sebab itulah jika kita terserempak dengan gajah terutamanya di kawasan perkampungan, kita tidak dibenarkan untuk buat haiwan ini terkejut kerana mereka akan menyerang apayang berada disekelilingnya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana ua ekor gajah yang tidak diketahui kehadirannya menceroboh taman perubahan serta turut memasuki laman sebuah rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter @isusemasaviral, situasi yang menimbulkan panik di kalangan penduduk setempat ini berlaku di Kluang, Johor.

Menurut sumber, pencerobohan habitat asal gajah antara yang membuatkan gajah-gajah ini tidak mempunyai tempat tinggal sekaligus mulai memasuki kawasan yang tidak sepatutnya.


“Habitat hidupan liar dimusnahkan dengan tema pembanggunan eco, pembanggunan hijau, pembanggunan lestari untuk buat rumah mewah.” ujar admin di ruangan kapsyen.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen bimbang dengan isu tersebut kerana ianya boleh membahayakan orang ramai sekaligu netizen simpati melihat nasib gajah yang kehilangan habitat asal.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar pihak kerajaan melakukan satu inisiatif untuk mengatasi masalah gajah semakin tiada habitat dan makanan.

Orang ramai juga berharap agar kejadian yang sering kali berlaku di Gua Musang, Kelantan tidak berulang di Kluang, Johor ini.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: