Stok Susu Badan Tertumpah, Ibu Mithali Ini Hanya Mampu Terduduk & Menangis

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya. Begitulah gambaran kasih sayang ibu bapa yang dicurahkan buat anak-anak

Bergelar seorang isteri dan juga ibu, naluri kasihnya terhadap anak-anak adalah perkara yang paling utama dalam hidupnya.

Sanggup berkorban demi zuriat tercinta

Apa sahaja tenaga, kudrat, masa dan jiwa, segalanya sanggup dikorbankan buat zuriat yang tercinta.

Begitu juga bagi si ibu yang mempunyai anak kecil, setiap titisan air susu badannya itu merupakan ‘harta’ baginya. Harta yang mahal, tiada gantinya.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, saudara Syukri Shahdan telah berkongsi satu kisah mengenai isterinya.

Pengorbanan seorang ibu

Mungkin bagi sesetengah orang tiada apa-apa yang berlaku, tetapi sebagai seorang ibu pastinya apa yang dilalui oleh isterinya sesuatu yang memilukan hati.

Bagi kita, setakat air susu tumpah itu mungkin hanya masalah kecil, tapi bagi isterinya, ia tidak ‘semudah’ itu.

Kesian mama, sedaya upaya sediakan susu untuk anak

“Adakah ini berlaku kepada semua emak atau hanya bini aku. Menangis sebab susu tumpah dalam beg”.

“Anak hairan perhati. Jangan la anak ambik perangai cengeng emaknya. Kesian mama, sedaya-upaya sediakan susu untuk anak”.

Siapa lagi camni?

Saya suami yang sangat menyokong breast feeding

“Saya memohon maaf bagi yang kurang senang dengan post saya ni”.

“Saya seorang suami yang sangat support breast feeding. Dan saya bantu wife uruskan baby dan simpan susu dia”.

“Saya memang selalu bergurau dengan isteri saya. Bagi yang kenal kami, tahu kami macam mana. I love my wife & Aafiyah”.

Semoga ibu-bapa diluar sana tabah dan sabar melayan kerenah anak-anak. Diharap jasa dan pengorbanan ibu bapa akan terbalas di kemudian hari.