Sporting Buat Iklan Cari Menantu, Gelagat Ibu Bapa Ketika Hadir Majlis Konvokesyen Anak Buat Ramai Terhibur!

Majlis Konvokesyen merupakan satu hari kebesaran untuk graduan, kerana ia membawa maksud graduan sudah berjaya menamatkan pengajian.

Iospital phone repair gombak

Manakan tidak, setelah berhempas pulas berdepan dengan cabaran belajar demi meraih keputusan yang membanggakan, inilah masa yang sangat dinantikan buat setiap pelajar.

Majlis ini juga turut dihadiri ibu bapa tercinta bagi bersama-sama meraikan hari terpenting anak mereka.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat sepasang suami isteri memegang telefon yang terpapar tulisan ‘mencari calon menantu’ di Istiadat Konvokesyen anak perempuannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @Nurulmohdshah, difahamkan menantu kepada pasangan suami isteri berkenaan menyaksikan gelagat ibu dan bapa mentuanya mencari calon menantu ketika di istiadat konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Ibu ayah mentua sempat lagi promote nak cari calon untuk Emma. Sporting habis, Pakcik mengantuk pun boleh bangun tergelak”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah pasangan tersebut malah ada juga yang mengatakan perkara tersebut ‘rare’ kerana jarang terjadi.

“Rare oh mak ayah macam ni.. cari menantu macam tu je.. nasib aku takde kat situ.. datang melitut teruss”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga turut memuji sikap mereka yang agak sporting dan menceriakan suasana di dalam dewan tersebut.

Antara komen warga maya:

“Amboii pakcik makcikk senang naa cari menantu kat sesi konvo ja”

“Anak dia tak keluar almari lepas tu hahaha”


“Ingat orang nak grad je kena buat preparation.. mak pak ponnnn sekali!”

“Aku je ke perasan yang pakcik belakang tu terus terjaga dari tidur yang lena”

“Risau ibu buat ceni je nanti hahahaha”

“Anak dia balik hentak kaki.. sebab malu kena bahan hahahahaha”

“Mesti bahagia kan family depaa.. sporting habis.. untung anak2 makcik pakcik”


Video yang tular di laman TikTok:

@nurulmohdshah_ ‘MENCARI CALON MENANTU’ Ibu ayah mentua pergi konvo 30/10/22 haritu. Sempat lagi promote nak cari calon untuk Emma Sporting habis! Pakcik mengantuk pun boleh bangun tergelak #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyp #viraltiktok #kkm #konvo #videoviral ♬ original sound –