“Macam Pro!” Selamba Buat Tutorial Tudung Atas Motorsikal, Gelagat Budak Perempuan Buat Ramai Kagum!

Bila bercakap sahaja soal tudung, ianya sudah tentu mengambil masa yang lama untuk dikenakan oleh para wanita.

Manakan tidak, bermacam-macam gaya yang hendak dilakukan. Itu belum cakap soal awning tak betul, tudung tak kena dengan outfit dan sebagainya. Memang pening kepala para lelaki nak tunggu bila ingin keluar.
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana aksi seorang kanak-kanak memakai tudung mencuri perhatian ramai!

Menerusi video yang tular, dapat kita lihat seorang kanak-kanak perempuan sedang duduk di atas motorsikal dan dikatakan baru berusia 3 tahun.


Namun apa yang mengejutkan adalah dia sempat membuat tutorial memakai tudung malah aksinya menggayakan tudung lilit itu seperti seorang dewasa yang profesional!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji kecomelan dan kemahiran si kecil ini memakai tudung dengan kemas dan sangat pantas.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang cemburu dengan adik ini kerana mampu menggayakan tudung tersebut lebih baik daripada mereka yang dewasa.

Malah, ada yang bersoloroh ingin belajar dengan adik ini cara memakai tudung tanpa menggunakan sebarang pin.

Antara komen warga maya:

“Pandainyaa dia!!! Ya Allah! Lilitan kemas! Onz dik.. cumil sangat awak”

“2 minit je dah comel.. yang lain dekat sejam tu dorang buat apa sebenarnya..”


“Aduss malu acik.. acik pun tak pandai belit macam tu dik asyik tak jadi je..”

“Dia lagi pandai pakai tudung dari aku.. kena save video ni untuk tutorial aku nanti..”

“Masalahnya sekarang, cara dia lilit tu pro.. aku pun masih terkial2.. alih2 pakai instant sarung je”

“Mulut tu memang main peranan juga tu..”

“Kemain hang adik.. atas motor pun jadi..”

“Terernya dik takde pakai pin langung”

“Adik ni pakai tudung lagi cepat daari aku.. kemas pulak tu.. comel..”


Video yang tular di laman TikTok:

@yoy.my Kita yang pakai tudung 2 jam pun tak siap lagi 🫣 Kredit: @Rh #fyp #beritatiktok #beritaterkini #beritatrending #beritaviral #viral #trending #tiktoknews #efwaipi #beritamalaysia ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey