“Muka tak sabar!” Ajar Si Bulus Makan Durian, Wanita Menyesal Akhirnya Kucing Selalu Minta Setiap Kali Beli!

Terdahulu pernah tular di media sosial dimana beberapa ekor kucing yang dibela seorang wanita selamba memanjat meja dan makan roti canai yang baru sahaja dibeli.
Iospital phone repair gombak
Bahkan si bulus itu kelihatan sangat gemar makan roti canai sehinggakan habis disapu mereka.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi gelagat lucu kucing perliharaannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rossenaunai, dapat kita lihat dia membeli beberapa biji durian dan membawanya pulang untuk dinikmati bersama keluarga.

Namun apa yang mengejutkan adalah, wanita tersebut baru sahaja meletakkan durian di atas meja dan kucingnya sudah naik duduk tercegat di atas kerusi sambil menunggu durian dibuka.

Wanita ini juga sempat berseloroh mengatakan dia berasa menyesal kerana pernah mengajar kucing tersebut untuk makan durian kerana setiap kali membawa pulang buah tersebut, pasti kucingnya akan meminta.


Walaupun geram dengan gelagat kucingnya itu, namun dia akur dan hanya memberikan seulas durian kepada kucingnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucing itu malah ada juga yang akui berdepan dengan situasi yang sama dimana kucing mereka gemar makan durian.

“Kucing aku pun hantu durian, menyesal ajar!”, luah seorang pengguna.

Antara komen warga maya:

“Nyesal kan.. belum sempat lagi nak duduk dah ngeow2 mintak..”

“Dia tak tahu ke durian mahal.. beli sendiri laa”


“Sama juga.. saja bagi dia bau.. sekali dia berebut pula dengan kita.. so kalau bau tu, sampai laa dia nanti”

“Rosak teruk kucing ni memang dah tak boleh repair”

“Buatnya dia ajak member dia si oyen tuu, abus durian rumah awak dia buka sis..”

 

“Melawan hukum kucing ni”

“Dah la durian mahal.. share la bayar durian tu dengan dia”

“My mom dulu siap belikan satu durian yang kecik untuk kucing aku sekor je”

Video yang tular di laman TikTok:

@rossenaunai #fypシ゚viral #kucingtiktok #kucingkunakal😻fyppppp ♬ Ngakak Muka Manyun (Voice Mix) – shaniamelia