Connect with us

Selebriti

“Sorry, Isteri Saya Merroyan” Penjelasan Fify Razak Tentang Tuduhan Elvina

Sebelum ini Datin Elvina Mohamad mendakwa seorang gadis bernama Fify Razak telah mengganggu rumahtangganya.

Berang dengan dakwaan tersebut, Fify tampil mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa dirinya telah difitnah.

“Saya seorang agen insurans Takaful. Haniff Borhan merupakan client saya dan dia hanya berhubung melalui DM (tiada nombor telefon). Kami hanya berjumpa dua kali dalam satu salah satu meeting bersama rakan sekerja”

“Perkara terjadi kerana Haniff ingin mengambil insurans untuk anaknya dan menghantar gambar anaknya. Saya hanya reply dengan double click di DM. Elvina menganggap dengan reply begitu saya cuba merampas suaminya”

“Saya telah menghubungi Haniff melalui kawan saya dan bertanya tentang isu ini dan yang mampu dia reply adalah ‘sorry isteri saya merroyan’. Saya tidak boleh terima alasan itu kerana air muka saya dan keluarga sudah tercemar,” tulisnya.

Bagaimanapun Fify memberitahu, beliau cuba untuk menghubungi Elvina dan berunding secara baik meminta beliau memadam posting berkenaan.

Namun Elvina tetap tegas dan memaksanya untuk mengambil tindakan undang-undang.



Menerusi Instagram story, Elvina semalam telah memuat naik beberapa gambar wanita itu yang dipercayai menganggu rumah tangganya.

Kapsyen sindiran di gambar tersebut jelas menunjukkan Elvina sedang berang.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang kenyataan lanjut dari Elvina mengenai status rumah tangganya. Diharap Elvina dapat menyelesaikan hal ini dengan baik agar tiada pergaduhan berlaku.

Terdahulu Elvina telah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac lalu.

Hasil perkahwinan yang dibina pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: Rotikaya

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY.MY Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)