LG Hasilkan Smartphone Dengan 5 Kamera – LG V40 ThinQ

LG V40 ThinQ telah dilancarkan secara rasmi. Smartphone terbaru dari LG ini memberi fokus pada sokongan kameranya dimana terdapat 5 buah kamera yang disertakan pada LG V40 ThinQ.

Kamera

Ya, lima kamera. Tiga kamera utama di bahagian belakang dan dua kamera selfie di bahagian hadapan.

Dua kamera di hadapan menggabungkan kamera 8-megapixel dan 5-megapixel dimana berkemampuan untuk merakam imej wide-angle. Jadi tiada masalah jika anda mahu selfie beramai-ramai selepas ini.

Tiga kamera utama di bahagian belakang mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

1. Kamera pertama untuk mode rakaman biasa.

2. Kamera yang kedua untuk mode rakaman wide-angle.

3. Kamera ketiga berkemampuan untuk sokongan zoom optikal 2x.

Spesifikasi

LG V40 ThinQ dikuasakan oleh cip Snapdragon 845 dengan skrin 6.4-inci QuadHD. Memori pula sebanyak 6GB RAM dan memberi storan sehingga 128GB.

Smartphone ini juga memiliki bateri 3300mAh dan disokong oleh Android 8.1 Oreo.

Berita baik untuk pengguna yang suka mendengar lagu, LG V40 ThinQ masih mengekalkan audio jack dan menawarkan kualiti audio yang sangat baik.

Harga

Harga LG V40 ThinQ di Malaysia masih belum diumumkan tetapi di USA harganya sekitar USD900 sehingga USD980.