Simpan Jenazah Anak Lebih 2 Bulan Di Rumah, Suami Isteri Yakin Kaedah Ritual Buat Anak Hidup Kembali

Apabila berlaku kematian, sudah pasti kita ingin mempercepatkan segala urusan termasuklah dalam proses pengebumian jenazah bahkan ianya juga merupakan fitrah kehidupan.

Proses pengebumian dalam Islam juga dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam, walaupun terdapat sedikit kelainan dan perbezaan mengikut adat dan tafsiran setempat. Dalam semua kes, Syariat Islam telah menentukan yang jenazah hendaklah dikebumikan, selepas dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Penduduk di Desa Plakaran, Jawa Tengah, Indonesia dikejutkan dengan penemuan jenazah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di dalam sebuah rumah pasangan suami isteri.

Difahamkan, setelah diperiksa jenazah remaja perempuan berkenaan dipercayai telah disimpan oleh ibu bapanya sendiri selama lebih dua bulan di dalam bilik ekoran kedua ibu bapanya yakin anak mereka akan hidup semula satu hari nanti.

Apa yang membuatkan netizen lebih terkejut adalah pasangan suami isteri itu mempercayai bahawa orang yang telah meninggal dunia boleh hidup kembali dengan menggunakan kaedah ritual.

Laporan lanjut juga mendapati punca kematiannya disebabkan oleh penyakit Tibi Pulmonari (Tuberkulosis) sejak enam bulan lalu.

“Hasil daripada sejarah penyakitnya, remaja berkenaan didapati menghidap penyakit Tibi sejak enam bulan lalu dan hasil pemeriksaan keadaan mayat, dia disyaki meninggal dunia sejak lebh dua bulan yang lalu.”

Ketika penduduk kampung menyerbu rumah tersebut, mereka terperanjat melihat mayat remaja perempuan itu telahpun diawetkan.

Bagaimana pun, pasangan tersebut akhirnya bersetuju untuk mengebumikan mayat anaknya semula selepas Ketua Agama, Ustaz Zaenuri menjelaskan hukum mengenai pengebumian jenazah.

Jenzah remaja tersebut dikebumikan di kawasan perkuburan yang berdekatan dengan rumahnya.

Sama-sama kita doakan agar roh remaja tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (dibaca).