Jealous Tengok Ibu Ayah Bermesraan Pegang Tangan, Gelagat ‘Si Comel’ Ini Undang Tawa Netizen

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa. Boleh dikatakan, hilang penat seharian jika malayan telatah anak-anak ni.

Sering kira dengar ayat ‘ayah merupakan cinta pertama anak perempuan’ bukan/ sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimaa seorang budak perempuan ‘jealous’ melihat ibunya mesra dengan ayahnya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @shadzlin, kelihatan keluarga kecil itu sedang berada di sebuah kedai makan.

Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila pasangan suami isteri itu sengaja menyakat anak perempuan mereka yang kuat jealous.

Si kecil itu naik angin apabila melihat ibu dan ayahnya berpegangan tangan dengan erat seolah-olah mahu mencari pasal dengannya.

Tidak cukup dengan itu, si comel ini juga kelihatan seperti ingin menangis dan menjerit sambil cuba sedaya upaya meleraikan pegangan tangan ibu dan ayahnya.

Video yang tular di laman TikTok

@shadzlinAuchhhhhh

♬ suara asli – XI™7 Prince Ugik –

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5 Juta tontonan, 125.5k tanda suka, 5118 komen dan 8915 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat budak perempua tersebut yang jealous apabila tangan ayahnya dipegang oleh wanita lain walaupun itu adalah ibu kandungnya.

“Sayang sangat tu, orang pertama dalam hati dia. Kedua baru mommy dia. Comelnya dia jealous!” – Netizen

Dalampada masa yang sama ramai juga yang berkongsi pendapat yang sama dimana anak perempuan lebih cenderung rapat dengan ayahnya dan begitu juga sebaliknya dimana anak lelaki lebih rapat dengan ibunya.

Berikut merupakan antara komen daripada warga maya: