“Luar kampung, dalam istana” Lelaki Dedah Kos Hasilkan Dapur ‘Kayangan’ Impian Para Wanita!

Dapur merupakan ‘syurga dunia’ seorang wanita apatah lagi jika yang sudah berkeluarga kerana mereka selalunya akan menghabiskan masa di dapur menyediakan makanan yang terbaik buat suami dan anak-anak.
Iospital phone repair gombak
Jadi, tidak hairan lah jika ramai diantara mereka yang berhasrat memiliki dapur yang cantik dan selesa serta mempunyai pelbagai kemudahan yang memudahkan mereka memasak.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki membuat renovation melibatkan seluruh kawasan rumah tersebut termasuklah dengan bahagian dapur terlebih dahulu mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, pada asalnya dapat kita lihat rumah tersbeut seperti rumah kampung yang jenis ‘tipikal’ terdapat di seluruh Malaysia namun apabila kita menjejakkan kaki ke dapur, seakan kita berada di dunia yang berbeza.

Dekorasi moden dengan pelbagai alat kelengkapan yang canggih membuatkan dapur terlihat sangat mewah walaupun pada hakikatnya hanya di rumah kampung.


Memakan masa bertahun-tahun, dia turut mendedahkan dapur konsep idaman para wanita itu menelan kos sebanyak lebih RM 100K.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut melihat hasilnya malah memuji dekorasi dapur ‘kayangan’ tersbeut.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui jika kita mempunyai modal yang tinggi dan mencukup, segala-segalanya boleh dilakukan tidak kiralah rumah jenis kampung, flat atau pun setinggan.

Warganet yang terdiri daripada kaum hawa dan isteri juga berhasrat untuk memiliki dapur seperti itu dan menanam azam untuk mengumpul duit agar dapur kelihatan cantik.

Antara komen warga maya:

“Idaman buat isteri tuhhh”

“Wow rumah mewahh.. mesti besar rumah, dapur pun luas.. cantiknya..”


“Perghh.. ni kalau wife tengok mesti lompat2 nak juga..”

“Beruntung siapa yang jadi isteri awak.. best dapur cantik semangat nak masak macam2 jenis lauk”

“Dapur idaman saya ni.. bila lah agaknya merasa”

“Wahhh imian setiap suri rumah ni.. suka kalau dapur luas2”


Video yang tular di laman TikTok:

@ceokuihkaraswelcome home…♬ original sound – uwais al-qhorni