“Siapa bangun dia bayar” Sekumpulan Lelaki Tak Berganjak Dari Kerusi, Sanggup Basah Kuyup Bawah Hujan Gara2 Enggan Belanja Kawan

Sejak pengaruh TikTok semakin meluas, ramai yang cuba-cuba mengikuti challenge yang sedang ‘trending‘, termasuklah di kedai makan ketika bersama kawan-kawan.

Iospital phone repair gombak

Antaranya, ada yang meminta cashier memilih kad kredit mahupun debit milik antara ramai-ramai dan jika kad seseorang itu terpilih, dialah yang harus membayar kesemua makanan yang telah dipesan.

Bagaimanapun, lain pula cara yang dibuat oleh sekumpulan lelaki ini yang sanggup duduk di bawah hujan, mengundang dekah netizen!

Menerusi video tular milik @maggiebakar, dilihat seorang lelaki bersama tiga orang lagi kawannya sedikit pun tidak berganjak dari tempat duduk mereka yang berada di luar kedai makan walaupun hujan lebat.

Ini kerana kesemuanya berkeras tidak mahu membayar makanan kawan lain yang sudah dijamah sehingga gigih berbasahan sambil menunggu salah seorang antara mereka bangun dari meja makan.

“Siapa bangun dia bayar,” tulis pengguna TikTok berkenaan di ruangan kapsyen.

Sehingga kini, video berbaur jenaka tersebut telah berjaya mencecah jumlah tontonan sebanyak 5.1 juta manakala meraih 382.1 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat sekumpulan pemuda berkenaan yang sanggup basah kuyup di bawah hujan semata-mata enggan membayar bil makanan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“passing cloud je ni bang”

“masuk brita tadi..dngr crita sampai skarang belum bngun2 lagi .😂😂😂”


“Dia Kena buka ceramah uai pasal bersedekah 😂 baru laju bangun”

“sempat demam dulu nak tunggu sape bangun, sampai sup pun dah refill balik dalam mangkuk”

“hahah perjuangan seorang laki ni keras”

“Macam biasa cameraman sentiasa selamat 🤣”

Video yang tular di laman TikTok

@maggiebakarr siapa bangun dia bayar🤣 #fyp #beranda #part1 ♬ เสียงต้นฉบับ – DJ Tonkar Remix